Tahniah buat Jaclyn Victor yang berjaya dinobatkan menjadi pemenang dan juara tempat pertama GEGAR VAGANZA musim ke-9. Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah yang akan menang berikutan ramai nama besar dalam edisi kali ini.
Musim kali ini saingan sengit diberikan kepada beberapa nama besar yang rata-rata setiap minggu pasti memberikan nama yang berlainan menjuarai konsert mingguan. Jadi orang ramai agak sukar untuk meneka bintang mana yang menjadi juara sehinggalah diumumkan pada malam konsert akhir GV9 oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.
Untuk konsert akhir Gegar Vaganza 9 kali ini menampilkan sedikit kelainan apabila finalis perlu membawa 2 buah lagu dalam pusingan pertama (Medley & Mashup) dan 2 buah lagu dalam pusingan battle (Hip-Hop).
BACA : Senarai 13 Peserta Gegar Vaganza 9 Tahun 2022
Jaclyn Victor yang menyanyikan lagu It's All Coming Back To Me Now nyanyian asal Celine Dion dan This Is Me daripada Keala Settle & The Greatest Showman Ensemble telah menewaskan lima peserta lain yang terdiri daripada Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok, Hazrul Nizam dan VE.
Senarai Penuh Pemenang GEGAR VAGANZA Musim 9
- Juara: Jaclyn Victor
- Naib Juara: Bob Yusof
- Tempat Ke-3: Shila Amzah
- Tempat Ke-4: Tomok
- Tempat Ke-5: VE
- Tempat Ke-6: Hazrul Nizam
Jaclyn Victor berjaya merangkul wang tunai RM100,000 beserta trofi, penginapan di Royale Chulan Hotel serta pakej percutian ke Paris. Kejuaraan ini sekali gus memenangi Anugerah Bintang Memukau Adabi. Bukan itu sahaja, pada awal pertandingan, Jac juga turut memenangi Anugerah Juara Next Level Digi.
Naib Juara, Bob Yusof berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta trofi, penginalan di Royale Chulan Hotel dan pakej percuti ke Dhubai dan Abu Dhabi.
Dia membawakan lagu Rahasia Perempuan, nyanyian asal Ari Lasso dan juga Sejati daripada Wings. Persembahan Bob telah menarik perhatian juri sehingga beliau dinobatkan sebagai tempat kedua dalam program ini.
Tempat ketiga dirangkul oleh Shila Amzah yang membawakan lagu Tak Ada Logika nyanyian asal Agnes Monica dan Secret Love Song daripada Little Mix dan Jason Derulo. Shila Amzah berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi, penginapan di Royale Chulan Hotel dan pakej percutian ke Seoul, Korea.
Tempat keempat diraih oleh Tomok yang berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta trofi, penginapan di Royal Chulan Hotel dan pakej percutian ke Chiang Mai, Thailand. Tomok membawakan lagu Berhenti Berharap nyanyian asal Sheila On 7 dan Time Is Running Out daripada Muse.
Tempat kelima dimenangi oleh satu-satunya peserta berkumpulan, VE yang telah membawakan lagu Ikhlas Tapi Jauh nyanyian asal RAP dan Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja daripada Judika. VE berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 beserta trofi, penginalan di Royal Chulan Hotel dan pakej percuti ke Dalat, Vietnam.
Wakil Singapura, Hazrul Nizam berjaya mendapat tempat keenam dan berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi dan pakej percutian ke Jakarta, Indonesian. Dia membawakan lagu Crazy nyanyian asal Gnarls Barkley dan Terlanjur Cinta daripada Hael Husaini dan Cakran Khan.
Dalam segmen battle, Jaclyn Victor telah digandingkan bersama VE membawakan lagu Sang Saka Biru dan The Real Slim Shady. Tomok bersama Shila Amzah dengan lagu Too Legit To Quit dan Party Sampai Pagi. Manakala Hazrul Nizam battle dengan Bob Yusof untuk lagu Ice Ice Baby dan Swipe.
Kesemua persembahan dinilai seratus peratus oleh juri tetap Datuk Ramli MS, ibu Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz beserta juri jemputan, Edry Abdul Halim.
GV9 telah bersiaran selama 11 minggu pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam yang bersiaran di Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my