Banjir bukanlah perkara yang asing bagi kita terutamanya rakyat Malaysia. Setiap tahun kebiasaanya pastinya akan ada tempat yang mengalami bencana ini baik kecil atau besar termasuk di Perlis. Setiap tahun juga, kita perlu berjaga-jaga.
Kejadian ini adalah disebabkan kawasan Malaysia ini sendiri menerima taburan hujan tahunan yang tinggi. Monsun Timur Laut berlaku pada hujung tahun sekali gus membawa taburan hujan yang tinggi yang akhirnya membawa ancaman banjir terutamanya di kawasan rendah.
Antara Barangan Keperluan Persediaan Banjir - DISINI
Dengan bencana ini pastinya akan ramai penduduk yang terkesan sehingga berlaku kerosakan harta benda, fasiliti perhubungan antara yang lain terjejas dan yang paling teruk boleh membawa maut dan kehilangan nyawa dengan mangsa lemas dan sebagainya.
Lagi-lagi pula trend banjir sepertinya berlaku lebih kerap sekarang. Dulu paling teruk kita dengar setiap tahun hanya berlaku sekali sahaja bencana banjir. Kini berlaku beberapa kali dalam setahun di beberapa kawasan.
Disebabkan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah keluarkan senarai hotspot kawasan banjir mengikut negeri untuk tahun 2022 dimana ianya ditentukan berdasarkan kekerapan banjir; 3 kali atau lebih dari rekod kawasan banjir tahun 2019 hingga 2022.
Dengan adanya rekod ini, penduduk yang berada di kawasan tersebut boleh bersiap sedia pada bila-bila masa sahaja jika berlaku kekerapan hujan terutamanya bila tiba hujung tahun.
Senarai Kawasan Hotspot Banjir Di Perlis
Berikut merupakan senarai hotspot dan kawasan kerap berlaku banjir di negeri Perlis untuk tahun 2022:
Kangar
- Taman Kemajuan
- Taman Guru Jaya
- Kg Wang Bintong
- Kg Wang Besar
- Kg Abi
- Taman Semarak
- Taman Bukit Kubu
- Kg Nelayan
- RPA Kuala Perlis
- Kg Jarak
- Taman Sri Bintong
- Bukit Kedak
- Semadong
- Kg Tebing Tinggi
- Kg Repoh
- Padang Malau
- Padang Melangit
- Sena
- Kg Bakau
Arau
- Kg Panggas
- Kubang Tiga
- Kg Batu Bertangkup
- Ulu Pauh
- Kg Titi Besi
- Pekan Arau
- Batas Liku
- Kg Guar Gajah
- Mata Ayer
- Behor Gelam
- UNIMAP Kampus Ulu Pauh
- Kg Banggol Sena
- Kg. Rambi
- Kg Bumbung Lima
- Kg Katong
- Kg Guring
- Felcra Ulu Pauh
- Kg. Sentua
Padang Besar
- Taman Beseri Jaya
- Balai Baru
- Guar Jentik
- Taman Melati Indah
- Kg Gial
- Kg Paya
- Kg Wang Kelian
- Batu 16
- Kaki Bukit
- Kg Tit Tinggi
- Felcra Lubuk Sireh
- Pekan Padang Besar
Sumber : Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia