Menyusuli Suri Hati, drama Rindu Kasih akan mengisi slot Samarinda bermula 16 November 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar lebih awal sebelum bersiaran di TV3.
Drama bersiri 15 episod yang bukan adaptasi ini merupakan terbitan syarikat produksi P&D Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Pali Yahya dengan nukilan skrip daripada K. Adlie dan Shaza Talib.
Naskah ini menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Izzue Islam, Ummi Nazeera, Nafiz Muaz, Amyza Aznan, Arash Mohd, Shazia Rozaini, Fazlina Ahmad Daud, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Ayu Azlina, Elly Suhaili, Ikhwan Khairudin dan ramai lagi.
OST Drama
Lagu Tema : Retak
Penyanyi : Aqeesh Aleeya
Komposer : Firdaus Rahmat
Penulis Lirik : Firdaus Rahmat & Arisz Ab Rahman
Sinopsis Drama Rindu Kasih
Drama Rindu Kasih bermula dengan perjalanan kehidupan Khalid (Arash Mohd) bersama anaknya Salina. Khalid menjadi tidak tentu arah apabila isterinya, Shida (Amyza Aznan) meninggalkannya bersama anak yang hanya beberapa bulan.
Disebabkan Shida kini tiada lagi bersamanya, Khalid perlu bekerja demi menyara anaknya yang masih kecil. Perlu membesarkan tanpa ibunya disisi.
Sedar daripada pengsan, Zamani meminta Amir (Izzue Islam) memanggil Khalid dan Salina (Ummi Nazeera) untuk bertemu dengannya. Dari situlah Zamani membuat permintaan terakhir kepada Halijah agar mengahwinkan Amir dengan Salina.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Rindu Kasih bermula 16 November 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Samarinda TV3 dan Disney+ Hotstar.