Berikut merupakan panduan dan tatacara bagi melakukan Solat Sunat Gerhana atau Solat Sunat Khusuf. Dengan adanya panduan ini, anda boleh lakukan apabila berlaku gerhana bulan khususnya.
BACA : Rahsia Gerhana Menurut Islam
Hukum Solat Gerhana Bulan
Solat Gerhana Bulan adalah Sunat Muakkad yang mana ianya dilakukan sebanyak 2 rakaat. Ianya juga sunat dilakukan secara bersendirian dan lebih afdal secara berjemaah. Tempoh solat adalah bermula daripada gerhana bermula sehingga tamat.
Niat Solat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakat kerana Allah Taala
Tatacara Solat Gerhana
Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram
2. Membaca doa iftitah
3. Membaca Ta'awudz (أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
4. Membaca surah al-Fatihah
5. Membaca mana-mana surah, afdal adalah surah al-Baqarah
6. Ruku dan membaca tasbih (kira-kira 100 ayat)
7. Iktidal seterusnya membaca surah al-Fatihah dan membaca mana-mana surah, afdal adalah surah al-Imran
8. Rukuk dan membaca tasbih (kira-kira 90 ayat)
9. Iktidal
10. Sujud dan membaca tasbih
11. Duduk di antara dua sujud
12. Sujud kedua dan membaca tasbih
13. Berdiri rakaat kedua
Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah
2. Membaca mana-mana surah dan yang lebih afdal surah al-Nisa'
3. Rukuk dan membaca tasbih (kira-kira 70 ayat)
4. Iktidal seterusnya membaca surah al-Fatihah dan membaca mana-mana surah, afdal adalah surah al-Maidah
5. Rukuk dan membaca tasbih (kira-kira 50 ayat)
6. Iktidal
7. Sujud ketiga dan membaca tasbih
9. Sujud keempat dan membaca tasbih
10. Membaca tasyahud akhir
11. Memberi salam
Bacaan Khutbah
Sunat membaca khutbah selepas solat sunat walaupun gerhana sudah hilang. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
Kaifiyat solat sunat gerhana bulan dalam bentuk gambar
Semoga bermanfaat...