Cara Langgan Disney+ Hotstar Dengan Mudah Menggunakan Smartphone

Cara Langgan Disney+ Hotstar Dengan Mudah

Bagi yang ingin menonton siri dan filem-filem Marvel, anda boleh ikut langkah ini iaitu cara langgan Disney+ Hotstar dengan mudah sahaja menggunakan smartphone.

Disney+ Hotstar antara platform penstriman paling popular di dunia terutamanya di Malaysia. Ianya menyediakan pelbagai kandungan siri, dokumentari dan filem yang menarik untuk anda saksikan secara online.

Anda boleh saksikan kandungan Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geograpic dan banyak lagi. Ada juga kandungan kartun, animasi beserta drama daripada Korea dan pastinya drama-drama Melayu tempatan juga ada.

Anda masih boleh preview kesemua kandungan Disney+ Hotstar di www.hotstar.com/my secara percuma tetapi untuk menontonnya, anda perlu langgan atau subscribe terlebih dahulu. Tak tahu caranya? Kami tunjukkan

Cara Langgan Atau Subscribe Disney+ Hotstar Menggunakan Smartphone

Aplikasi Disney+ Hotstar telah tersedia di semua peranti iaitu smartphone android dan ios, android tv, tablet dan ipad sehinggalah di website untuk paparan komputer anda. Jadi lebih mudah untuk anda tonton dimana-mana sahaja dengan mengikut peranti yang anda ada.

BACA : Dapatkan Barangan Rasmi Disini

Harga langganan adalah RM54.90 untuk 3 bulan. Tiada langganan secara bulanan. Ini bermakna, anda sebenarnya hanya bayar RM18.30/sebulan. Harga berpatutan sebenarnya. Dengan langganan tersebut, anda boleh tonton serentak untuk 2 peranti dalam masa yang sama.

  1. Download dan install aplikasi Disney+ Hotstar (Android | iOS)
  2. Kemudian, pada paparan utama, klik 'Subscribe' > 'Continue'
  3. Untuk teruskan, anda perlu login menggunakan 'nombor telefon'. Masukkan nombor telefon dan anda akan menerima kod 4-digit menerusi SMS. Masukkan nombor tersebut dan klik 'Continue'
  4. Kemudian akan dipaparkan cara bayaran anda boleh gunakan. Untuk pengguna Android, akan disambungkan dengan Google Play dan pengguna iOS, akan disambungkan dengan App Store.
  5. Untuk Google Play, banyak pilihan yang anda boleh gunakan untuk buat bayaran antaranya daripada bil telefon, kad kredit & debit, ShopeePay, TnG eWallet, Boost, Online Banking dan sebagainya. Kami menggunakan ShopeePay lebih mudah.
  6. Jika pilihan bayaran sudah dibuat, klik sahaja butang 'Subscribe'.
  7. Selesai!

Kini anda boleh mula menonton semua kandungan video yang ada di dalam Disney+ Hotstar tanpa iklan dan sekatan.

Langganan ini adalah secara automatik. Tapi jika anda tidak bercadang untuk teruskan selepas 3 bulan kelak, anda boleh sahaja cancel atau batalkan langganan pada bila-bila masa sahaja. Jangan risau, anda masih lagi boleh menonton sehingga tarikh akhir langganan kelak. Takda la 'ter auto renew' nanti'

Disediakan juga tutorial secara bergambar

1)  Download dan install aplikasi Disney+ Hotstar. Jika sudah, buka aplikasi dan klik 'Subscribe'

Cara Langgan Disney+ Hotstar

2)  Kemudian klik pada butang 'Login'

Cara Langgan Disney+ Hotstar

3)  Masukkan nombor telefon anda pada ruang yang disediakan. Anda akan menerima kod 4-digit menerusi SMS. Masukkan kod tersebut.

Cara Langgan Disney+ Hotstar

4)  Anda akan dibawa ke bahagian jenis pembayaran. Banyak pilihan yang disediakan. Kami menggunakan jenis ShopeePay lebih mudah.

Cara Langgan Disney+ Hotstar

5)  Jika sudah pilih cara bayaran, klik 'Subscribe'

Cara Langgan Disney+ Hotstar

6)  Pembayaran akan dibuat dalam beberapa saat sahaja sehingga status bertukar kepada 'Subsribed' seperti dibawah. Ini menunjukkan anda berjalan melanggan akaun Disney+ Hotstar dan boleh mula menonton

Cara Langgan Disney+ Hotstar

Selesai!

Diharapkan ianya membantu. Sekiranya masih keliru dan ada pertanyaan, anda boleh pergi ke bahagian bantuan di https://help.hotstar.com/my/support

Post a Comment

Previous Post Next Post