Pada tahun 2024 kali ini, umat Islam di Malaysia khususnya akan mengadakan majlis memperingat keputeraan Nabi Muhammad SAW atau dipanggil dengan Maulidur Rasul pada 16 September 2024 (Isnin) bersamaa 12 Rabiuawal 1446 Hijrah.
Kebiasaannya di Malaysia akan mengadakan beberapa acara seperti perarakan dan ceramah kesemuanya tentang keperibadian baginda. Selain itu, kita juga digalakkan untuk berselawat bagi membesarkan Nabi yang mana amalan tersebut baik lagi mulia.
Banyak amalan yang boleh dilakukan ketika Maulidur Rasul tetapi mestilah menepati syariat Islam baik dari sudut akidah, syariah dan akhlak seseorang muslim.
Jadi ketika Maulidur Rasul juga jangan lupa untuk rapatkan hubungan silaturahim sesama keluarga dan rakan, sesuai dengan tema "Al-Falah Pemacu Malaysia Madani".
Oleh itu, boleh sampaikan ucapan kepada mereka mungkin dalam bentuk pantun untuk lebih unik dan sebagainya.
Senarai Ucapan Dan Pantun Maulidur Rasul Tahun 2024
Ucapan Maulidur Rasul
Ucapan 1
Salam Maulidur Rasul
12 Rabiul Awal lahirnya seorang pahlawan sejati Islam Baginda Nabi Muhammad SAW seiring tarikh penting bagi seluruh umat Islam dimana ia dapat menghasilkan keinsafan, kecintaan dan kasih kepada Baginda SAW
Ucapan 2
"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat atas Nabi (Muhammad. Wahai orang yang beriman, berselawatklah kalian kepadanya (Nabi Muhammad SAW) dan berilah salam kesejahteraan dengan penghormatan sepenuhnya." - Surah al-Ahzab, ayat 56
Salam Maulidur Rasul 1446H
Ucapan 3
"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku" - Hadis Riwayat Tarmizi
Pada hari yang penuh barokah ini, saya menzahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam
Ucapan 4
Salam Maulidur Rasul 1446H/2024M kepada umat Islam.
Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda. Sesungguhnya akhlak dan keperibadian terpuji Rasulullah yang tiada tolok bandingnya merupakan contoh ikutan terbaik sepanjang zaman.
Ucapan 5
Ucapan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan hanya bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Semoga dengan suri tauladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW menjadi pedoman buat kita semua.
SALAM MAULIDUR RASUL 1446 HIJRAH
Ucapan 6
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1446H/2024
Ucapan salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di mana jua berada. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
"Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran"
Ucapan 7
Salam Maulidur Rasul kepada semua Muslimin dan Muslimat.
Bersempena hari yang cukup bermakna ini, marilah kita hayati peribadi junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW dan cuba praktikkan sunnah-sunnah Baginda dalam kehidupan harian kita.
Pantun Maulidur Rasul
Pantun 1
Satu, dua, tiga dan empat,
Kedengaran suara dari Pasti,
Berselawatlah dimana-mana tempat,
Perjuangan nabi tetap dihayati.
Pantun 2
Burung dara menyambut pagi,
Sayapnya kuat terbang di hari Ahad,
Berkibar bendera sangat tinggi,
Mari berselawat kepada Nabi Muhammad
Pantun 3
Lahirmu membawa cahaya,
Cerahkan alam semesta,
Terangi hati kami semua,
Ya Muhammad yang ku cinta
Pantun 4
Cahaya mentari di waktu pagi,
Eloknya suasana di hari ini,
Sudah datang Maulid Nabi,
Kita meraikan dengan berzanji
Pantun 5
Tema Maulidur Rasul diumumkan kini,
Penuh hemah buah bicara,
Al-Falah Pemacu Malaysia Madani,
Negara Aman Ummah Sejahtera.
Pantun 6
Iqra' kalam buat junjungan,
Petunjuk Allah sebagai bicara,
Selawat dan salam jadikan dendangan,
Cintakan Rasulullah alunkanlah suara.
Pantun 7
Letak ulam dalam bakul,
Bakul ditutup tidaklah ketat,
Ajaran Islam dibawa Rasul,
Pelengkap hidup dunia akhirat.
Pantun 8
Ke Kota Madinah naik Unta,
Unta di tunggang oleh Pak Dollah,
12 Rabiulawal lahirnya Putera,
Putera bernama Muhammad Bin Abdullah
Pantun 9
Kota lukut orang berkumpul,
Untuk menyambut hari lahirnya,
Selamat menyambut Maulidur Rasul,
Semoga kita mendapat syafaatnya
Pantun 10
Dari kemasul pergi ke Pekan,
Singgah berhenti beli kelubi,
Maulidur rasul kita raikan,
Sempena mengingati kelahiran nabi.