Mana orang Negeri Sembilan terutamanya orang Port Dickson yang nak tahu lokasi tapak pasar malam di tempat anda, boleh lihat sini senarai lokasi pasar malam di Port Dickson supaya mudah kalau anda nak datang sini nanti.
Mungkin orang tempatan yang belum tahu atau yang baru berpindah atas urusan kerja atau datang belajar disini atau mungkin anda singgah beberapa hari tapi tak tahu lokasi pasar malam yang ada disini kan. Jangan risau, ada senarai lokasi untuk anda.
Pasar malam di Port Dickson ini juga tidak kurang meriahnya jika ingin dibandingkan dengan pasar malam di tempat-tempat lain. Masing-masing menawarkan ratusan menu dan keunikan makanan yang dijual.
Jadi sekiranya anda nak dapatkan makanan, barangan basah seperti sayur-sayuran, ikan dan ayam segar, buah-buahan tempatan dan sebagainya, anda boleh datang ke mana-mana lokasi pasar malam yang disediakan.
Senarai Lokasi Pasar Malam di Port Dickson
Jadi dengan adanya lokasi yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini, anda boleh datang beramai-ramai bersama kawan-kawan atau ahli keluarga yang lain mengikut masa dan hari yang ditetapkan bagi setiap lokasi.
⏩ Barangan Supermarket Murah - Disini
Ini merupakan senarai lokasi pasar malam near me di Port Dickson yang beroperasi bermula pukul 4.00 petang hingga 10.00 malam
- Pasar Malam Site C, Taman Jimah Jaya - Khamis
- Pasar Malam Bukit Pelanduk (Hadapan CIMB) - Jumaat
- Pasar Malam Lukut (Berhampiran Pasar Lukut) - Setiap 15hb
- Pasar Malam Bandar PD (Jalan Mahajaya - Simpang PD Walk) - Sabtu Pertama
- Pasar Malam Batu 4 (Hadapan Arked MPPD Bt 4) - Sabtu
- Pasar Malam Taman Politeknik (Hadapan Medan Selera Seri Purnama) - Rabu
- Pasar Malam Bandar Sunggala (Jalan Masuk Bandar Sunggala) - Jumaat
- Pasar Malam Pasir Panjang (Hadapan Pasar Pasir Panjang) - Setiap 17hb
- Pasar Malam Linggi (Kawasan Perhentian Basar Lama, Pekan Linggi) - Setiap 2hb
Senarai ini dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson - LIHAT SINI