Senarai Lokasi Pasar Malam Di Petaling Jaya

Senarai Lokasi Pasar Malam Di Petaling Jaya

Mana orang Selangor terutamanya orang Petaling Jaya yang nak tahu lokasi tapak pasar malam di tempat anda, boleh lihat sini senarai lokasi pasar malam di Petaling Jaya supaya mudah kalau anda nak datang sini nanti.

Mungkin orang tempatan yang belum tahu atau yang baru berpindah atas urusan kerja atau datang belajar disini atau mungkin anda singgah beberapa hari tapi tak tahu lokasi pasar malam yang ada disini kan. Jangan risau, ada senarai lokasi untuk anda.

Pasar malam di Petaling Jaya ini juga tidak kurang meriahnya jika ingin dibandingkan dengan pasar malam di tempat-tempat lain. Masing-masing menawarkan ratusan menu dan keunikan makanan yang dijual.

Jadi sekiranya anda nak dapatkan makanan, barangan basah seperti sayur-sayuran, ikan dan ayam segar, buah-buahan tempatan dan sebagainya, anda boleh datang ke mana-mana lokasi pasar malam yang disediakan.

Senarai Lokasi Pasar Malam di Petaling Jaya

Jadi dengan adanya lokasi yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini, anda boleh datang beramai-ramai bersama kawan-kawan atau ahli keluarga yang lain mengikut masa dan hari yang ditetapkan bagi setiap lokasi.

⏩ Barangan Keperluan Supermarket Murah - Disini

Ini merupakan senarai lokasi pasar malam near me di Petaling Jaya yang beroperasi bermula pukul 4.00 petang hingga 10.00 malam.

Isnin

  • Jalan SS2/60, Jalan SS2/61, Jalan SS2/62, Jalan SS2/63
  • Kayu Ara 1 & 2

Selasa

  • Prima Damansara
  • Taman Seri Manja, PJS 3/36
  • Lembah Subang, Putera Damai
  • Jalan SS3/29, Jalan SS3/64
  • Jalan TBS 9, Sg. Buloh
  • Seksyen 17/1A

Rabu

  • Seksyen 5, Petaling Garden
  • Jalan SS4C, Kelana Jaya
  • Kampong Chempaka

Khamis

  • Jalan SS2/6, Jalan SS2/10
  • Taman Dato' Harun
  • Jalan SS2/60, Jalan SS2/61, Jalan SS2/62, Jalan SS2/63

Jumaat

  • Seksyen 51 A
  • Seksyen 3, Kota Damansara
  • Kayu Ara 1 & 2

Sabtu

  • FAM, Kelana Jaya

Ahad

  • Seksyen 20/16
  • Jalan SS24/8, Taman Megah
  • Taman Medan

Senarai ini dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya - LIHAT SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post