Senarai Kawasan 'Hotspot' Banjir Di Perak Tahun 2022

Senarai Kawasan 'Hotspot' Banjir Di Perak Tahun 2022

Banjir bukanlah perkara yang asing bagi kita terutamanya rakyat Malaysia. Setiap tahun kebiasaanya pastinya akan ada tempat yang mengalami bencana ini baik kecil atau besar termasuk di Perak. Setiap tahun juga, kita perlu berjaga-jaga.

Kejadian ini adalah disebabkan kawasan Malaysia ini sendiri menerima taburan hujan tahunan yang tinggi. Monsun Timur Laut berlaku pada hujung tahun sekali gus membawa taburan hujan yang tinggi yang akhirnya membawa ancaman banjir terutamanya di kawasan rendah.

Antara Barangan Keperluan Persediaan Banjir - DISINI

Dengan bencana ini pastinya akan ramai penduduk yang terkesan sehingga berlaku kerosakan harta benda, fasiliti perhubungan antara yang lain terjejas dan yang paling teruk boleh membawa maut dan kehilangan nyawa dengan mangsa lemas dan sebagainya.

Lagi-lagi pula trend banjir sepertinya berlaku lebih kerap sekarang. Dulu paling teruk kita dengar setiap tahun hanya berlaku sekali sahaja bencana banjir. Kini berlaku beberapa kali dalam setahun di beberapa kawasan.

Disebabkan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah keluarkan senarai hotspot kawasan banjir mengikut negeri untuk tahun 2022 dimana ianya ditentukan berdasarkan kekerapan banjir; 3 kali atau lebih dari rekod kawasan banjir tahun 2019 hingga 2022.

Dengan adanya rekod ini, penduduk yang berada di kawasan tersebut boleh bersiap sedia pada bila-bila masa sahaja jika berlaku kekerapan hujan terutamanya bila tiba hujung tahun.

Senarai Kawasan Hotspot Banjir Di Perak

Berikut merupakan senarai hotspot dan kawasan kerap berlaku banjir di negeri Perak untuk tahun 2022:

Kerian

Kg Matang Pasir, Padang Gajah, Kelubang, Kg Batu 38, Sg Ipil, Kg Abu Hassan, Kg Perlis, Matang Gelugor, Pekan Bagan Serai, Jalan Baharu, Pekan Parit Buntar, Simpang 3, Taman Kerian, Taman Wangsa, Taman Wawasan, Kg Parit Air Hitam 3,Tg Bugis, Kg Selekoh Beriah, Kg Ulu Sepetang, Padang Lalang, Kg Dew, Bukit Semanggol, SMK Panglima Garang, Kg Matang Tengah, Parit Ali Kalang, Tebuk Panchor, Changkat Lobak, Alor Semanggok, Taman Abd Raof, Parit Mat Keling, Kg Sg Perikan dan Batu 8 Jalan Taiping

Larut, Matang & Selama

Batu Kurau, Titi Kasai, Kg Jawa, Kg Padang Serai, Sg Setar, Kg Raja Bersiong, Kg Sg Sega, Kg Expo Kamunting, Changkat Baru, Felda Ijok, Kg Masjid, Kg Jalan Baru, Kg Sangkut, Kg Kelian Gunung, Air Kuning, Kg Paya Bukit Gantang, Bukit Gantang, Kg Pauh, Kg Sg Petai, Kg Jelapang Simpang, Teluk Kertang, Changkat Ibol, Kg Jelutong, Kg Kubu, Sg Larut dan Sg Serai

Manjung

Pekan Beruas, Padang Serai, Pengkalan Damar, Kg Masjid Pulau Pangkor dan Kg Kilang

Hilir Perak

Kg Batu 7, 8 dan 9, Taman Maharani, Kg Selat Manggis, Kg Selabak Luar, Kg Merdeka, Chenderong Balai, Kg Tukang Sidin, Jalan Klinik, Chikus, Sg Kerawai, Parit Pembuang, Sg. Manik, Lorong Mesra, Changkat Jong dan Guar Langkap

Bagan Datuk

Kg Sg Nipah, Kg Sg Tiang, Kg Simpang 3, Pekan Bagan Datoh, Bagan Belukang, Kg Hj Muhammad, Kg Sg. Belukang, Kg Erong dan Selekoh

Muallim

Ulu Slim, Kg Rasau, Slim Village, Kg Klawar, Pekan Slim River, Kg Klah Baru dan Taman Yang Meng

Batang Padang

Kg Bika, Kg Pasir, Kg Batu 2 Tambahan, Kg Pahang Tapah, Kg Cahaya Muda Tapah, Taman Sri Cenderiang, Felda Trolak Utara, Kg. Lubuk Emas, Felda Besout 2 & 3, Pekan Tapah, Trolak Selatan dan Kg. Batu 6

Kampar

Taman Gopeng Baru, Kg Tersusun Kg Jawa, Kg Chabang Kuala Dipang dan Taman Wah Long

Perak Tengah

PRA Seri Iskandar, Kg Raja, Kg Air Mati, Kg Kuala Parit, Pulau Misa, Felcra Changkat Lada, Tg Alur, Kg Rimba Raja, Kg Perbayan, Kg Parit 13 & 14 dan Teluk Penadah

Kinta

Gugsan Manjoi, Jalan Jelapang, Taman Muhibbah, Jalan Kuala Kangsar, Jalan Menglembu, Kg Tawas, Ulu Chepor, Kg Tasek, Sg Rapat, Bercham, Tronoh, Kg Talli, Sg Rokam, Kg Ampang Baharu, Jalan Menteri, Taman Lim, Kg Baru Jalan Kampar, Taman Meri Perdana dan Klebang

Kuala Kangsar

Kg Kolam, Kg Banjir, Sg Siput Chandan, Kg Bendang Panjang, Lintang, Taman Aman, Taman Headwood, Kg Selarong Hujung, Kg Jalong, Kg Repoh, Kg Kuala Dai, Pulau Kemiri, Kg Jeliang, Kg Tok Sirat dan Kg Jenalik Hilir

Hulu Perak

Kg Verasamy, Padang Feri, Tg Kala, Bendang Kerajaan, Cherakoh, Kerunai, Kg Lawin, Kg Malau, Kg Banggul Batu, Felda Bersia, Dataran Tasik Raban, Tg Tualang, Kg Sumpitan dan Kg Durian Lubuk

Senarai Kawasan 'Hotspot' Banjir Di Perak Tahun 2022

Sumber : Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post