Menyusuli Aku Tanpa Cintamu, drama Suri Hati akan mengisi slot Samarinda bermula 12 Oktober 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman Viu pada hari yang sama selepas siaran di TV3.
Drama bersiri 20 yang bukan adaptasi novel ini merupakan terbitan syarikat produksi Million Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Azhar Khalid (@Apache) dengan nukilan skrip daripada Amaz Mazilan.
Naskah ini menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Nadia Brian, Puteri Sarah Liyana, Adriana Adnan, Melanie Tan, Fahrin Ahmad, Ikhwan Khairuddin, Shakilla Koriri, Malek Mccrone, Ameerul Asyraf, Faizul Syaharin dan ramai lagi.
Sinopsis Drama Suri Hati
Suri Hati mengisahkan empat orang gadis, Suraya (Adriana Adnan), Sarah (Puteri Sarah), Laila (Nadia Brian) dan Atikah (Melanie Tan) yang berkawan rapat ketika menuntut di sebuah kolej.
Namun begitu,selepas tamat pengajian mereka berempat membawa haluan masing-masing. Walaupun begitu persahabatan masih diteruskan.
Selepas beberapa ketika, persahabatan mereka mula diuji. Angkara belenggu perasaan yang diracuni. Mampukah kebahagiaan mengatasi kebencian pada akhirnya?
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Suri Hati bermula 12 Oktober 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Samarinda TV3 dan Viu.