20 Tips Penjagaan iPhone 14

Tips Penjagaan iPhone 14

iPhone keluaran terbaru iaitu iPhone 14 dan iPhone 14 Pro telah pun diperkenalkan pada awal September yang lalu. Di Malaysia juga telah mula ditawarkan kepada orang ramai yang ingin menjadi yang terawal menggunakan siri iPhone 14.

Jika berminat, anda boleh kini beli dan dapatkan di mana-mana cawangan dan kedai rasmi Apple atau boleh beli secara online di Shopee dan Lazada. Boleh juga rujuk harga rasmi yang dijual disini.

iPhone 14 mempunyai 2 variasi iaitu iPhone 14 dan iPhon 14 Plus yang membezakan adalah saiz skrin sahaja dan juga 1 lagi iPhone 14 Pro. Nak tengok lebih lanjut berkaitan spesifikasi lengkap, boleh rujuk di laman web www.apple.com/my/iphone-14/specs/ 

Dah beli mahal-mahal, kena pandai jaga supaya ianya boleh digunakan lebih lama dengan dikekalkan prestasi. Jadi seorang pengguna facebook Xavier Naxa ada kongsikan tips penjagaan iPhone khususnya iPhone 14 berdasarkan pendapat peribadi beliau yang sudah menjadi pengguna iPhone sejak sekian lama.

20 Tips Penjagaan iPhone 14

Sebahagian tips ini juga boleh digunakan sekiranya anda baru beli mana-mana iPhone terbaru atau jenama smartphone android yang lain pun.

1.  Beli charger atau palam pengecas USB-C berkapasiti 20W dan ke atas. (beli sini)

2.  Wajib beli palam pengecas asli atau berstatus MFi. Buat semakan MFi di pautan mfi.apple.com/account/accessory-search. Sila beli di saluran yang sah seperti AAR (Switch, Machine, iWorld dan sebagainy), LazMall atau Shopee Mall.

3.  Tiada masalah untuk membeli kaca bajaan (tempered glass) di mana-mana kedai selain AAR, memandangkan harga di sana agak mahal. Namun digalakkan pasang sebaik membuka kotak iPhone 14. (beli sini)

4.  Digalakkan untuk buka kotak iPhone di dalam kedai serta disaksikan oleh staf AAR.

5.  Jika iPhone 14 mengalami isu kosmetik atau masalah lain. Sila rujuk dengan staf dan penyelia AAR.

6.  Pilih casing iPhone yang bersesuaian. Perlu diingatkan, terdapat bekas yang menyebabkan gangguan kepada rangkaian Internet, isu kosmetik dan panas melampau.

7.  Terdapat AAR yang menawarkan pelan pelindungan tambahan. Pelindungan tersebut TIDAK WAJIB untuk dibeli dan bergantung kepada individu itu sendiri sama ada yakin bahawa dapat menjaga sebaiknya atau sebaliknya.

8.  Pemindahan data dari iPhone lama ke baharu boleh dibuat terus sebaik iPhone baharu dihidupkan.

Bagi peranti Android, sila muat turun aplikasi Move to iOS untuk pindahkan data ke iPhone. Klik sini - apliksi Move to iOS

9.  Pemindahan sejarah sembang WhatsApp (Android) ke WhatsApp (iOS) boleh dilakukan melalui Move to iOS. Proses ini mungkin gagal dan sila ulangi kembali sehingga berjaya. Rujuk di Youtube.

10.  Tidak perlu cas iPhone selama 8 jam sebaik membuka kotak. Kebiasaannya bateri iPhone 14 sekitar 70% sebaik dihidupkan. Sekiranya bateri bawah 20% boleh terus cas.

11.  iPhone 14 anda mungkin panas sewaktu mengecas disebabkan pengecasan pantas. Namun suhu kembali normal setelah peratus bateri sekitar 70%.

12.  Buka case jika iPhone terlalu panas. Jika sama, sila cabut cas dan biarkan iPhone sejuk secara sendiri dan semula jadi.

13.  Pengecasan mungkin tersekat sekitar 80% disebabkan penjagaan kesihatan bateri atau panas. Jangan risau jika pengecasan mengambil masa yang lama.

14.  Bersihkan dan sanitasi iPhone boleh dilakukan menggunakan tisu yang mengandungi 70% isopropil alkohol atau 75% etil alkohol atau tisu pembasmi kuman clorox. Lakukan dengan cermat dan tertib.

15.  Jika anda menggunakan eSIM, sila rujuk dengan cawangan telko terdekat untuk dapatkan kod QR baharu.

16.  iOS 16 hadir dengan pemindahan eSIM ke iPhone baharu tanpa perlu imbas kod QR. Tidak dipastikan Malaysia sudah memperoleh sokongan tersebut atau sebaliknya.

17.  Sila kemas kini iPhone anda pada versi iOS terkini sebelum memasang aplikasi yang lain di App Store.

18.  Saya tidak menggalakkan anda untuk memantau peratus kesihatan bateri kerana boleh membuatkan seseorang itu obses kepada bateri.

19.  Jika kesihatan bateri turun 1% atau 2% dalam beberapa bulan. Itu merupakan perkara biasa dan sifat bateri sudah semestinya mempunyai jangka hayat.

20.  Jangan mengikut jejak langkah "nenek moyang" kita yang taksub dengan kesihatan bateri. Sesungguhnya golongan yang taksub itu tergolong dalam golongan yang rugi.

Semoga panduan dan tips penjagaan iPhone 14 ini berguna kepada pemilik iPhone tersebut khsusnya dan juga boleh dipraktiskan untuk iPhone-iPhone sebelumnya dan mana-mana telefon pintar yang ada di pasaran.


Sumber : Xavier Naxa

Post a Comment

Previous Post Next Post