Pemakaian Pelitup Muka Di Dalam Bangunan Kini Tidak Diwajibkan

Pemakaian Pelitup Muka Di Dalam Bangunan Kini Tidak Diwajibkan

Menerusi pengumuman terbaru yang dibuat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 7 September 2022, kini pemakaian pelitup muka di dalam bangunan (Indoor) adalah atas pilihan (optional) dan tidak diwajibkan.

Jika sebelum ini, rakyat hanya diberi pilihan untuk tidak memakai pelitup muka apabila berada di luar bangunan (outdoor) sahaja dan pemakaian tersebut juga adalah pilihan. Kini kedua-dua kawasan indoor dan outdoor untuk pemakaian face mask adalah tidak diwajibkan.

Walau bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung yang datang wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka. Bergantung kepada pengusaha sesbuah premis tersebut.

Selain itu, orang ramai amat digalakkan untuk memakai pelitup muka kerana ia terbukti mampu mengurangkan penularan jangkitan.

Pemakain pelitup muka masih diwajibkan bagi situasi berikut:

  • Kes positif Covid-19
  • Menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk e-hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah
  • Semasa berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, rumah penjagaan, pusat hemodialisis dan yang setara dengannnya.

Malaysia kini telahpun memasuki Fasa Peralihan ke Endemik sejak 1 Apri 2022 yang lalu dan bagi memastikan penularan kes Covid-19 dikawal dengan selamat dan berkesan, KKM telah melaksanakan pelbagai aktiviti pencegahan dan kawalan kesihatan awam termasuklah pemakain pelitup muka.

Semoga kita dapat terus untuk patuhi segala SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan mampu melawan wabak Covid-19 yang sepertinya tidak akan habis.


Sumber : KKM

Post a Comment

Previous Post Next Post