Banjir bukanlah perkara yang asing bagi kita terutamanya rakyat Malaysia. Setiap tahun kebiasaanya pastinya akan ada tempat yang mengalami bencana ini baik kecil atau besar. Setiap tahun juga, kita perlu berjaga-jaga.
Kejadian ini adalah disebabkan kawasan Malaysia ini sendiri menerima taburan hujan tahunan yang tinggi. Monsun TImur Laut berlaku pada hujung tahun sekali gus membawa taburan hujan yang tinggi sekali gus membawa ancaman banjir terutamanya di kawasan rendah.
Dengan bencana ini pastinya akan ramai penduduk yang terkesan sehingga berlaku kerosakan harta benda, fasiliti perhubungan antara yang lain terjejas dan yang paling teruk boleh membawa maut dan kehilangan nyawa.
Lagi-lagi pula trend banjir sepertinya berlaku lebih kerap. Dulu paling teruk kita dengar setiap tahun hanya berlaku sekali sahaja bencana banjir. Kini berlaku beberapa kali dalam setahun di beberapa kawasan.
Disebabkan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah keluarkan senarai hotspot kawasan banjir mengikut negeri untuk tahun 2022 dimana ianya ditentukan berdasarkan kekerapan banjir; 3 kali atau lebih dari rekod kawasan banjir tahun 2019 hingga 2022.
Dengan adanya rekod ini, penduduk yang berada di kawasan tersebut boleh bersiap sedia pada bila-bila masa sahaja jika berlaku kekerapan hujan terutamanya bila tiba hujung tahun.
Senarai Kawasan Hotspot Banjir Di Negeri Selangor
Berikut merupakan senarai hotspot banjir di negeri Selangor mengikut daerah:
Klang
- Taman Sentosa
- Jalan Kebun
- Kg. Bukit Naga
- Bukit Kemuning
- Taman Melawis @ Taman Teluk Pulai
- Jalan Bakti
- Kg. Delek
- Taman Daya Meru
- Taman Bukit Kemuning
- Taman Rashna
- Taman Sri Muda
- Taman Intan
- Jalan Tunku Kelana
- Taman Meru Utama
Petaling
- Kampung Budiman
- Kampung Kuala Sungai Baru
- Kampung Baru HICOM, Seksyen 26
- Jalan S/K 9 / SK Sri Serdang
- Seksyen 13, Petaling
Gombak
- Taman Sri Selayang
- Jln B27 Jusco Rawang
- Taman Rahmat Jaya
- Kg. Sg. Kertas
- Jalan 11C Selayang Baru
- Jalan 21, 23 & 62 Selayang Baru
- Jalan Laksamana 10 Selayang
- India Settlement
Hulu Langat
- Kampung Batu 10, Jln Cheras
- Kampung Sungai Serai
- Kampung Sungai Sekamat
- Kampung Sungai Michu
- Sesapan Batu Rembau
- Felcra Kg. Sg. Semungkis
- Kg. Gs. Gahal (4)
- Jalan Reko
- Kg. Sungai Jernih
Sepang
- Kg. Giching
- Kg. Salak Tinggi
- Kg. Chemperai
- Kg. Sri Tanjung
- Kg. Ampar Tenang / Kg. Lalang
- Kg. Sg. Merab Jaya
- Taman Delima, Dengkil
- Kg. Org. Asli Sg. Melut (Seberang)
- Kg. Desa Putra, Sg. Merab
Kuala Langat
- Taman Sri Jaromas, Jenjarom
Sabak Bernam
- Jln Sg. Panjang-Tanjung Malim (KM44-KmM45)
- Bt 23, Sg. Nibong
Kuala Selangor
- Kg. Sri Sentosa
- Kg. Parit Mahang
- Kg. Rantau Panjang
- Kampung Sri Aman
Hulu Selangor
- Tiada
Sumber : Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia