Banjir bukanlah perkara yang asing bagi kita terutamanya rakyat Malaysia. Setiap tahun kebiasaanya pastinya akan ada tempat yang mengalami bencana ini baik kecil atau besar. Setiap tahun juga, kita perlu berjaga-jaga.
Kejadian ini adalah disebabkan kawasan Malaysia ini sendiri menerima taburan hujan tahunan yang tinggi. Monsun Timur Laut berlaku pada hujung tahun sekali gus membawa taburan hujan yang tinggi yang akhirnya membawa ancaman banjir terutamanya di kawasan rendah.
Dengan bencana ini pastinya akan ramai penduduk yang terkesan sehingga berlaku kerosakan harta benda, fasiliti perhubungan antara yang lain terjejas dan yang paling teruk boleh membawa maut dan kehilangan nyawa dengan mangsa lemas dan sebagainya.
Lagi-lagi pula trend banjir sepertinya berlaku lebih kerap sekarang. Dulu paling teruk kita dengar setiap tahun hanya berlaku sekali sahaja bencana banjir. Kini berlaku beberapa kali dalam setahun di beberapa kawasan.
Disebabkan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah keluarkan senarai hotspot kawasan banjir mengikut negeri untuk tahun 2022 dimana ianya ditentukan berdasarkan kekerapan banjir; 3 kali atau lebih dari rekod kawasan banjir tahun 2019 hingga 2022.
Dengan adanya rekod ini, penduduk yang berada di kawasan tersebut boleh bersiap sedia pada bila-bila masa sahaja jika berlaku kekerapan hujan terutamanya bila tiba hujung tahun.
Senarai Kawasan Hotspot Banjir Di Kuala Lumpur
Berikut merupakan senarai hotspot banjir di Wilayah Kuala Lumpur untuk tahun 2022:
- PWTC
- PPR Batu Muda
- Jln Ipoh
- Kg Kassipilay
- Jln Kuching
- Jalann Tun Razak (Wisma Bernama)
- Jln Pekeliling
- Kg Puah
- Jalan Kolam Air
- Bulatan Dato Onn
- Bulatan Pahang
- Kg Chubadak
- Pekan Salak Selatan
- Chan Sow Lin
- Jln Pahang
- Jln Segambut
- Segambut Bahagia
- Jln Pudu
- Jln Ampang
- Jalan Raja Chulan
- Jln Tun Perak
- Jln Cheras
- Razak Mansion
- Jln Pudu
- Universiti Malaya
- Masjid Jamek
- Jln Duta
- Pantai Dalam
- Jalan Dang Wangi
- LRT Sungai Besi
- Tol Kesas
- Jln Maarof
- Jln Kia Peng
- LRT Bangsar
- Jln Travers
- Kepong Baru.
Sumber : Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia