Ini mungkin biasa berlaku pada kita apabila mula-mula nak pasang roadtax di cermin kereta. Masa nak lekat stiker roadtax tu la kadang ianya terkoyak dan akhirnya rosak pada sebahagian atau semua bahagian. Akhirnya rosak.
Jadi dah masalah pula kalau ada bahagian roadtax yang tidak kelihatan atau koyak. Silap haribulan jika ditahan, mungkin boleh dikenakan amaran atau paling terus kena saman. Habis pula duit belanja bulan tersebut kan.
Tapi sebenarnya ada cara untuk anda atasi masalah ini dimana anda boleh mohon atau minta ganti balik roadtax yang rosak atau hilang daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Anda boleh datang ke JPJ berhampiran anda dan buat permohonan.
⏩ Gunakan Barang Ini Untuk Pastikan Roadtax Anda Tidak Rosak - DISINI
Cara Mohon Ganti Roadtax Yang Rosak Di JPJ
Setakat ini, permohonan hanya boleh dibuat di cawangan JPJ sahaja. Jadi anda kena datang ke mana-mana cawangan JPJ berdekatan dengan anda untuk urusan tersebut.
Langkah 1
Anda perlu dapatkan borang JPJ K7 (Borang Permohonan Pendua Perakuan Pendaftaran Kenderaan Atau Pendua Lesen Kenderaan Motor Atau Pendua Lesen Perdagangan Motor) di pejabat JPJ atau boleh sahaja download borang disini
Melalui borang ini, anda boleh minta salinan atau ganti
- Perakuan Pendaftaran Kenderaan (Roadtax)
- Lesen Kenderaan Motor
- Lesen Perdagangan Kenderaan Motor
Dengan sebab cetakan pudar, kabur, kesilapan cetakan, fizikal dokumen tidak sempurna, ditahan untuk siasatan, pembuktian atau hilang dalam simpanan jabatan
Langkah 2
Anda lengkapkan segala butiran yang diperlukan seperti yang ada dalam borang tersebut. Jika sudah lengkap, hantar borang di kaunter dan jangan lupa bawa MyKad sekali.
Langkah 3
Untuk ganti roadtax yang hilang, anda kena denda dan percuma untuk ganti roadtax yang sudah rosak. Jadi sila bawa roadtax yang rosak tersebut juga.
Anda akan datang roadtax yang baru selepas selesai buat bayaran.
Kadar denda :
- Motor - RM20 (Semenanjung Malaysia & Sarawak) | RM25 (Sabah)
- Kereta & Kenderaan Lain - RM50 (Semenanjung Malaysia) | RM25 (Sabah) | RM20 (Sarawak)
Jika anda ingin wakilkan boleh, tapi pastikan bawa :
- Salinan MyKad pemilik kenderaan
- Salinan geran kenderaan
- Salinan MyKad wakil
- Borang JPJ K7 yang sudah lengkap diisi.
Harap perkongsian ini bermanfaat kepada mereka yang ingin dapatkan roadtax baru atau ganti yang baru disebabkan hilang atau berlaku kerosakan.