Biasa kalau kita makan di kedai bila order telur dadar kita akan dapat telur dadar yang gebu yang pastinya akan meningkatkan lagi selera disamping telur yang lembut pada bahagian dalamnya.
Tetapi bila kita masak sendiri di rumah, telur dadar gebu yang kita impikan tersebut pasti tak jadi. Apakah sebenarnya tukang masak di kedai tersebut menggunakan jenis telur yang berbeza daripada pengguna di rumah? Atau ada rahsia sebenarnya?
Persoalan tersebut sebenarnya ada pada seorang pengguna facebook, Liana Ana apabila dia kongsiakan dengan orang ramai resepi atau cara masak telur dadar jadi gebu gebas macam di kedai makan.
Resepi Dan Cara Masa Telur Dadar Gebu
Sebenarnya untuk hasilkan telur dadar gebu tak perlu gunakan telur premium, sebaliknya beberapa bahan biasa sahaja disamping cara masak yang betul
Bahan-Bahan
- 2 biji telur ayam gred B Beli disini
- Bawang besar sebelah Beli disini
- Garam Beli disini
- Sedikit Aji-No-Moto Beli disini
- Sedikit cili (kalau nak rasa pedas)
Cara Masak
1. Pukul telur bersama bahan-bahan dengan garfu sehingga berbuih
2. Panaskan minyak dan pastikan betul-betul panas dan kuantiti minyak kena lebih sikit
3. Kemudian tuangkan telur yang sudah di pukul ke dalam periuk
4. Pasang api besar dalam 1 minit dan biarkan ianya naik dengan gebunya. Kemudian terbalikkan
5. Jika sudah siap, boleh angkat! Sedia dihidangkan bersama yang tersayang.
Boleh la makan dengan sup, tomyam atau bersama sambal belacan
Sumber : Liana Ana