10 Makanan Wajib Anda Cuba Di Family Mart. Pasti Sedap!

10 Makanan Wajib Anda Cuba Di Family Mart

Di Malaysia mungkin kedai-kedai serbaneka tidak kaya dengan pelbagai menu makanan selain daripada barang-barang runcit. Tetapi tidak di Jepun dan Thailand yang mana kedai serbaneka mereka mewah dengan pelbagai jenis menu makanan.

Sebagai contoh, Family Mart yang asalnya dari Jepun dimana disana mereka menjual pelbagai makanan tempatan dan akhirnya kini di Malaysia pun kita sudah mempunyai banyak cawangan Family Mart. Dengan itulah, kita kini dapat nikmati pelbagai juadah makanan yang dijual di Family Mart.

Family Mart kini sudah berada di hampir di seluruh Malaysia dan setiap daripanya menyediakan pelbagai barangan runcit dan membuatkan ianya lebih menarik daripada kedai-kedai serbaneka yang lain ialah penyediaan menu makanan yang banyak dan lazat.

10 Makanan Yang Anda Wajib Try Di Family Mart

Makanan-makanan ini hanya disediakan di Family Mart sahaja dan tiada di tempat lain kerana ianya datang daripada keluaran Jepun sendiri dengan rasa asli dan original dan pastinya halal untuk dinikmati oleh semua orang.

Sebelum itu, anda boleh dapatkan baucer diskaun jika anda ingin berbelanja di Family Mart. Dapatkan DISINI

1.  Oden

Oden

Ini pastinya ramai yang dah tahu dimana satu-satunya kedai serbaneka yang menyediakan oden yang mana ianya adalah makanan wajib cuba. Bermula dengan set udo dan kemudian pelbagai menu tambahan yang anda boleh add-on seperti jagung, crab cake, fish cake, bebola lobster, bebola ikan dan macam-macam lagi.

Jika tidak berkesempatan, anda pun boleh dapatkan pes oden Family Mart sendiri dan buat dirumah. Boleh beli pes tersebut disini

2.  Sandwich

Sandwich

Sando Sandwich yang dijual di Family Mart adalah original daripada Jepun. Terdapat pelbagai pilihan yang dijual. Ada sandwich yang diisi dengan buah, krim dan pelbagai topping yang lain. Tapi sandwich tempatan juga ada dijual dengan pelbagai pilihan seperti telur mayo, potongan ayam dan sebagainya.

3.  Onigiri

Onigiri

Jepun sangat sinonim dengan Onigiri. Kalau anda merupakan peminat makanan Jepun, memang tak sah lah kalau tak pernah rasa onigiri. Ianya merupakan seakan nasi kepal tetapi dengan inti yang pelbagai. Ada tuna mayo, salmon, ebiko, ayam dan telur hawaiian masubi.

Dapatkan onigiri secara online disini.

4.  Bubble Cha Cha

Bubble Cha Cha

Sebuah minuman yang penuh berkrim yang disajikan dengan pes ubi keledek dan juga bersama bubble yang lembut dan kenyal. Sesuai dinikmati ketika sejuk atau panas.

5.  Sofuto

Sofuto

Antara menu makanan yang paling popular di Family Mart selain daripada oden dan onigiri. Aiskrim lembut dengan lemak berkrim pastinya nikmati untuk dirasai terutamanya ketika cuaca panas. Dapat sejukkan tekak anda.

Kebiasaanya mereka hanya menjual perasa Matcha dan Vanila. Tetapi pernah diperkenalkan perasa bermusim sebelum ini seperti coconut, cheese, melon, sweet potato dan banyak lagi.

6.  Frappe

Frappe

Mungkin tak ramai tahu tentang minuman Frappe Family Mart ini. Disana pelbagai perisa yang dijual dimana anda boleh cuba sendiri. Untuk tambah nikmat lagi, boleh letak penambah rasa kopi, susu atau coklat. Kemudian letak air panas dan frappe anda tersedia tanpa belum pingisar pun.

7.  Cottage Cheese

Cottage Cheese

Makanan lain yang anda kena cuba yang ada di Family Mart adalah kek keju. Nikmati sebuah kek keju gaya Jepun yang kaya dengan keju dan krim dengan separuh masak yang disediakan dalam hidangan Cottage Cheese.

8.  Mochi Puff

Mochi Puff

Mochi Puff juga antara makanan yang paling laris di Family Mart yang mana biasanya akan habis cepat di rak. Dengan inti kastard ditambah pula dengan puff yang fluffy dan dimakan masa sejuk. Sangat lazat dan pastinya tak cukup satu.

9.  Seafood Cheese Baked Rice

Seafood Cheese Baked Rice

Jika anda ingin rasa lebih kenyang, anda boleh cuba Seafood Cheese Baked Rice yang ada dijual di Family Mart. Nikmati cheese apabila dia cair di mulut disamping nasi dengan lauk seafood yang ada dalam satu bekas.

10.  Minuman Jepun

Minuman Jepun

Family Mart Malaysia juga membawakan minuman original yang dijual di Jepun untuk anda nikmati sendiri kenikmatan yang ditawarkan. Jadi anda tak perlulah terbang ke Jepun semata-mata untuk merasai minuman Jepun tersebut. Antara yang popular seperti Japanese Iced Tea, green tea, air coklat dan banyak lagi.

Jadi apa tunggu lagi, serbu sekarang di Family Mart berhampiran dengan anda!


Sumber gambar : SN Mursyidah

Post a Comment

Previous Post Next Post