Menyusuli Ratu Ten Pin 2: Shalin, drama Kids Nowadays pula akan bersiaran bermula 15 Ogos 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 11.00 malam di saluran Astro Ria 104 dan secara online di Astro Go.
Drama bersiri 20 episod yang datang daripada idea Faizul A Yatnor ini merupakan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ejump Mohd dengan nukilan skrip daripada Nieza Nahar dan Najwa Shazly.
Naskah ini menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Dato' Awie, Wanna Ali, Hasnul Rahmat, Alvin Chong, Wan Sharmila, Marisa Yasmin, Nafiez Zaidi, Ezzrin Loy, Zarina Zainuddin, Harith Daniel, Azhar Amir, Farez Ridzwan, Meor Ahmad dan ramai lagi.
Sinopsis Drama Kids Nowadays
Drama Kids Nowadays mengisahkan tentang Jaafar (Dato' Awie) yang menyatakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti namun di tentang keras oleh anaknya iaitu Najiha Wan Sharmila). Namun kerana janjinya kepada bekas isteri, Jaafar tetap mendaftar sebagai mahasiswa tanpa pengetahuan anaknya.
Pada satu hari, Najiha terkejut apabila terserampak dengan ayahnya yang kini belajar di kampus tempat di mengajar. Disebabkan itu, Najiha cuba melakukan sabotaj kepada ayahnya yang kini menjadi pelajar di dalam kelas Najiha.
Jaafar semakin tertekan dengan kerenah Najiha yang sengaja merumitkan perjalanan pembelajarannya, namun mujurlah lecturer, Cik Hanna (Wanna Ali) sentiasa membantu dan memberikan Jaafar semangat untuk meneruskan pembelajaran.
Disebabkan itulah, Eddy (Alvin Chong) terasa semakin tercabar dengan hubungan rapat Jaafar dengan Hanna dan sentiasa memerhatikan mereka yang sepertinya semakin mesra. Adakah itu perangai kids nowdays? Apakah yang terjadi seterusnya?
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Kids Nowadays bermula 15 Ogos 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, 11.00 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Go.