Tonton Drama Anak Beranak Abe Yie Di TV3 (Slot Sakura)

Drama Anak Beranak Abe Yie Di TV3

Menyusuli Nenda, drama Anak Beranak Abe Yie akan mengisi slot Sakura bermula 16 Ogos 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.00 petang yang akan disiarkan di TV3 dan tayangan secara HD di www.tonton.com.my.

Drama 20 episod ini merupakan terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Pali Yahya dengan nukilan skrip daripada MF Kencana.

Naskah ini menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Azlee Senario, Jasmin Hamid, Aiman Tino, Puteri Sarah, Aidil Aziz, Wan Sharmila, Aidit Noh, Aiman Badrul, Qhaira Imani, Zazly Baginda dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Anak Beranak Abe Yie

Drama Anak Beranak Abe Yie mengisahkan tentang Kisah dalam drama ini memang tertumpu kepada anak beranak Abe Yie, Sam dan Ann yang menetap di Kuala Lumpur dan Melaka atas urusan kerja. Mereka juga sudah lama tidak pulang ke kampung halaman di Kelantan.

Oleh kerana ingin melepaskan rindu, Che Yah turut mengeluarkan idea-idea yang boleh dijadikan sebagai alasan untuk merentas negeri pulang ke kampung.

Dalam kekecohan Sam dan Ann mahu merentas negeri, Abe Yie dan Muluk yang terlalu paranoid dengan wabak merbahaya ini risau jika mereka membawa pulang penyakit itu sekali.

Ketua kampung dan penduduk-penduduk kampung juga sentiasa memberi peringatan untuk menjaga kesihatan dan menentang jika ada yang ingin datang ke kampung mereka sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Adakah segala helah anak-beranak Abe Yie ini akan berjaya? Dapatkah mereka dipertemukan semula dalam keadaan sihat dan selamat akhirnya?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Anak Beranak Abe Yie bermula 16 Ogos 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, 6.00 petang menerusi slot Sakuran di TV3.

Drama Anak Beranak Abe Yie Di TV3

Drama Anak Beranak Abe Yie Di TV3

Post a Comment

Previous Post Next Post