Contoh Teka-Teki Dan Pickup Line Romantik Untuk Anda Gunakan Pada Pasangan Anda

By Aiman San

Published On:

Follow Us
teka-teki romantik

Salah satu cara untuk menaikkan mood romantik bersama pasangan adalah dengan memberi jenaka. Anda boleh sampaikan dalam bentuk teka-teki atau pun pickup line yang selalu orang sekarang gunakan.

Mungkin jika pasangan anda dalam mood tidak baik ataupun merajuk, mungkin dengan cara ini dapat menaikkan kembali semangatnya sekali gus timbul rasa kasih sayang. Tapi pastikan jenaka teka-teki itu kena dengan keadaan tau.

Jadi disini, kami kongsikan beberapa jenaka dengan cara beri teka-teki atau beberapa pickup line yang anda boleh guna untuk sampaikan kepada pasangan masing-masing.

Iklan Disini

Teki-Teki Romantik Untuk Pasangan Anda

Ini merupakan contoh 10 teka-teki romantik yang anda boleh gunakan untuk pasangan baik isteri atau kekasih hati.

Contoh 1

Iklan Disini

Malam apa yang paling menakutkan?
Malam-malam aku sendiri tanpa kamu disisi

Iklan Disini

Contoh 2

Bola apa yang pandai menangis?
Bola mataku bila melihat dirimu pergi meninggalkanku

Iklan Disini

Contoh 3

Belajar apa yang paling saya suka?
Belajar mencintaimu setulusnya

Contoh 4

Iklan Disini

Kipas apa yang ditunggu-tunggu wanita?
Dikipas pengapit sewaktu berdua di atas pelamin

Contoh 5

Iklan Disini

Dalam banyak-banyak rumah, rumah apa yang paling bahagia?
Rumah tangga kita

Iklan Disini

Contoh 6

Apa beza jam dinding dengan awak?
Kalau jam dinding dipasang di dinding, kalau awak dipasang di hati saya

Contoh 7

Iklan Disini

Cicak apa yang boleh membunuh?
Cicik (sesak) nafas melihat senyumanmu

Contoh 8

Panda apa yang membuatkan senang hati?
Pandangan awak setiap hari

Iklan Disini
Iklan Disini

Contoh 9

Mandi apa yang tidak basah?
Mandirikan rumah tangga bersama awak

Contoh 10

Iklan Disini

Awan apa yang membuat saya bahagia?
Awanna be with you forever

Pickup Line Untuk Pasangan Bercinta

Ini antara 20 contoh Pickup line ini anda boleh luahkan kepada isteri/suami atau kekasih anda. Ianya juga boleh digunakan jika mula-mula untuk tackle atau mengorat atau mengambil hati si dia.

Biasa kita dengar, selepas lontarkan pickup line, jangan lupa akhiri dengan ciaa ciaa ciaa kan? Boleh sambung nanti lepas bagi pick up line ni

Iklan Disini

Contoh 1

Iklan Disini

Awak nak tahu tak apa beza awak dengan banduan?
“Banduan terperangkap dalam penjara, tapi awak terperangkap dalam hati saya”

Contoh 2

Iklan Disini

Awak cuci muka pakai gula eh? Eh taklah, kenapa?
“Sebab muka awak nampak manis sangat buat saya”

Contoh 3

Awak tak penat ke? Tak laa.. kenapa?
“Sebab sepanjang hari awak asyik berlegar-legar dalam kepala saya”

Iklan Disini

Contoh 4

Awak saya sakit lah. Sakit apa?
“Sakit mencintai awak secara diam-diam”

Iklan Disini

Contoh 5

Iklan Disini

Saya teringin nak kepak. Kepak apa, kepak ayam ke?
“Eh tak lah, saya teringin nak kepak kepak keboom keboom dengan awak”

Contoh 6

Ingat saya lagi? Saya Joe. Joe apa?
“Joedoh awak”

Iklan Disini

Contoh 7

Are you a Malaya?
“Coz you make my air liur malaylay”

Contoh 8

Iklan Disini
Iklan Disini

Awak tahu tak apa beza awak dengan kepala paip masjid? Tak tahu, apa bezanya?
“Kalau kepala paip masjid saya nak ambil wuduk, kalau awak saya nak batalkan wuduk”

Contoh 9

Awak tahu tak apa beza awak dengan bulan? Tak, apa bezanya?
“Kalau bulan memberi cahaya kepada bumi, kalau awak memberi cahaya ke hati saya”

Iklan Disini

Contoh 10

Awak saya takutlah. Takut apa?
“Takut kehilangan awak”

Contoh 11

Iklan Disini

Tahu tak, saya sampai sekarang masih belum boleh membaca. Yeke, awak nak baca apa?
“Baca isi hati awak”

Iklan Disini

Contoh 12

Hi u, is your name Aida? Cause i da lama suka pada u

Iklan Disini

Contoh 13

Awak kenal tak mana-mana tukang kayu? Taklah, kenapa?
“Kerana saya nak pahat nama dan wajah awak di hati saya”

Contoh 14

Iklan Disini

Awak saya nak jam. Jam apa?
“Jambatan ke hati awak lah”

Contoh 15

Iklan Disini

Banyak-banyak jalan kenapa awak nak jalan sini?
“Sebab jalan ini sahaja yang menuju ke hati awak”

Iklan Disini

Contoh 16

Betul ke awak dituduh mencuri sebelum ini?
“Sebab awak hampir mencuri hati saya”

Contoh 17

Iklan Disini

Doraemon mungkin boleh keluarkan macam-macam daripada poket dia,
“tapi Doraemon takkan mampu untuk keluarkan awak dari hati saya”

Contoh 18

Awak tahu apa beza saya dengan toyol? Tak tahu
“Toyol curi duit awak, saya curi hati awak”

Iklan Disini
Iklan Disini

Contoh 19

Orang Terengganu sebut makan ialah makang, kalau sebut ayam apa?
“Ayang”
“Ye saya”

Contoh 20

Iklan Disini

Awak tinggal kat mana? Saya tinggal di Kuala Lumpur.
“Tipu! orang secantik awak sepatutnya tinggal di kayangan”

Memang cairlah siapa yang dapat teka-teki atau pickup line ni nanti. Baru sweet kan untuk orang yang tersayang.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

1 thought on “Contoh Teka-Teki Dan Pickup Line Romantik Untuk Anda Gunakan Pada Pasangan Anda”

Leave a Comment