Cara Sign Tuntutan Pengeluaran KWSP 2.0 10K Secara One Off

Cara Sign Tuntutan Pengeluaran KWSP 2.0 10K Secara One Off

Kehidupana di musim pandemik Covid-19 pastinya tidak sama lagi seperti dahulu. Sudah ramai yang hilang pekerjaan, pengurangan pendapatan dan ditambah lagi dengan harga barang dan kos sara hidup yang kian meningkat.

Oleh itu, sebelum ini pihak Kerajaan telah membenarkan Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000 secara one-off bagi meringankan beban rakyat. Dengan cara ini sedikit sebanyak rakyat dapat bernafas bagi mendapatkan keperluan harian seperti biasa.

"Kusangkan panas hingga ke petang, rupanya hujang ditengah hari" Inilah yang dapat disimpulkan oleh ramai pasca Covid-19 rupanya ekonomi kembali sedia kala tetapi hari demi hari kos sara hidup terus meningkat apabila harga barang terus melonjak.

Jadi disebabkan inilah, rata-rata pencarum KWSP khususnya menuntut Pengeluaran Khas KWSP 2.0 sebanyak RM10,000 secara one-off sekali lagi daripada pihak kerajaan bagi menampung perbelanjaan harian.

Walaubagaimanapun, setakat ini tiada apa-apa berita daripada pihak KWSP berkaitan Pengeluaran Khas 2.0 ini, selain daripada tuntutan daripada rakyat sendiri sahaja.

Disebabakan itulah, satu petition tuntuan secara online telah dikeluarkan supaya orang ramai tandatangan atau sign bagi menuntut pihak KWSP dan Kerajaan membenarkan pengeluaran RM10,000 sekali lagi.

Cara Sign Petisyen Tuntutan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Sebanyak RM10,000

Jadi orang ramai yang ingin menyokong tuntutan ini, anda perlu login dengan emel dan sokong petisyen tersebut di www.change.org/p/ismailsabri60-tzafrul-aziz-rakyat-tuntut-pengeluaran-wang-caruman-kwsp-secara-one-off-kwspmalaysia

Setakat artikel ini ditulis, lebih daripada 150k telah menyokong dan tandatangan petisyen ini

Tuntutan RM10,000 Wang Carumah KWSP 2.0 Secara One Off

Pencarum-pencarum KWSP ingin menuntut pengeluaran tunai RM10,000 bagi kali terakhir di musim pandemik covid 19 (bagi yang mempunyai baki mencukupi) dan jumlah yang rasional bagi yang berbaki kurang RM10000 dalam akaun 1 KWSP berdasarkan alasan-alasan yang berikut :

  1. Kehilangan/pengurangan pendapatan sejak covid 19 melanda pada 2020
  2. Belum dan masih gagal mendapat pekerjaan stabil, ada yang umur meningkat dan mengalami kesukaran mendapat pekerjaan baru.
  3. Mendapat pekerjaan tetapi kadar gaji yang ditawarkan tidak seperti gaji yang diterima sebelum pandemik covid 19 melanda.
  4. Untuk memperbaiki/memulihkan perniagaan2 kecil yang baru bermula dan yang terjejas
  5. Untuk melunaskan tunggakan-tunggakan hutang pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, sewa rumah, bil-bil utility air,elektrik,IWK serta lain-lain yang berkenaan yang gagal ditampung disebabkan point no.1,2,3,4 diatas
  6. Untuk menjelaskan baki-baki hutang sebelum moratorium berakhir sekitar Januari/Februari 2022 dan memulakan semula perancangan/strategi kewangan baru pasca pandemik pada Januari 2022

Adakah sinar di hujung jalan pada akhinya?

Post a Comment

Previous Post Next Post