Hari ini telah banyak majikan sudah beralih dengan menggunakan atau mengaplikasikan teknologi termasuk dalam urusan mencari pekerja baru melalui temu duga atau talian atau dikenali sebagai online interview.
Antara kelebihan temu duga online ini adalah :
- Transkrip boleh disediakan
- Tiada kos tambahan seperti panggilan telefon atau datang ke pejabat
- Membolehkan orang dalam zon masa berbeza untuk berkomunikasi dengan lebih mudah
- Menghapuskan keperluan jadual temu duga. Penemu ramah dan ditemu buat tidak perlu berada dalam talian masa yang sama (jika melalui emel)
Jangan sangka temu duga atas talian lebih menyenangkan. Jadi ikuti beberapa tips yang anda boleh guna dan aplikasikan sekiranya suatu hari nanti anda akan melaluinya apabila ingin mencari kerja baru.
Tips Temuduga Online
Berikut antara perkara atau tips yang anda boleh gunakan jika anda melalui online interview.
#1 - Komunikasi Yang Jelas
Perlu berpakaian seolah-olah ditemu duga secara bersemuka. Dinasihatkan untuk berpakaian lengkap dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki (termasuk berkasut).
#2 - Ekspresi Wajah
Anda perlu mengawal mimik muka walau apa jua yang disampaikan. Sentiasa senyum dan tenang sepanjang sesi temuduga berjalan. Ingat anda sedang diperhatikan.
#3 - 'Matikan' Program Lain
Tutup semua program atau laman web yang mungkin boleh menggangu, melambatkan atau memberi kesan kelancaran pada sambungan komunikasi anda dengan penemu duga.
#4 - Kemaskan Persekitaran
Semasa sesi temu duga berlangsung, jangan menyesakkan pandangan penemu duga dengan persekitaran yang tidak kemas. Sebelum mula, mega dan persekitaran berada dalam keadaan baik. Persekitaran yang berselerak mencerminkan kelemahan anda
#5 - Minta Penjelasan
Jika pertanyaa penemu duga tidak jelas, tanya semula soalan tersebut dengan baik dan santun. Anda digalakkan untuk mengakui kesilapan sekiranya terlepas fakta daripada berlagak pandai atau menjawab yang bukan-bukan.
#6 - Utiliti Mencukupi
Sambungan internet, mikrofon mahupun kamera web (webcam) perlulah berfungsi agar perjalanan temu duga berlangsung dengan baik. Korosakan akan mengganggu konsentrasi.
Jangan lupa pen dan kertas bagi menyalin apa jua informasi dan pastikan jangan sampai terlepas perkara atau data penting sekiranya ada yang dikongsikan oleh penemu duga.
Tips & Rahsia Lulus Temuduga
Tahniah diucapkan kerana anda dah lepas satu level untuk bekerja sebagai penjawat awam atau pekerja swasta
Tapi masa sesi temuduga ni lah salah satu penentu anda diterima atau pun tidak dalam position yang telah dimohon.
Jadi anda perlu buat persiapan dengan baik seperti cara menjawab soalan, cara berpakaian, soalan-soalan yang biasa ditanyakan oleh panel penemu duga dan banyak lagi.
Tak perlu risau, anda boleh dapatkan sahaja Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah ini dimana anda juga boleh gunakan sekiranya menghadapi untuk temuduga swasta juga. Boleh klik pada gambar dibawah