Setiap hari pastinya anda inginkan dan mendambakan kulit yang cantik, licin lagi bersiri bukan? Jadi antara rutin harian yang anda boleh amalkan dengan produk semula jadi adalah dengan memperoleh khasiat dari Aloe Vera.
Setiap kali kita bertemu dengan mereka yang berkulit licin, pasti kita akan terfikir adakan mereka menggunakan mana-mana produk atau mungkin ada rahsia yang disorokkan dengan mengamalkan rutin harian yang mudah?
Ternyata antara yang boleh diamalkan adalah dengan menggunakan lender aloe vera atau lidah buaya yang mana banyak khasiatnya pada wajah. Ia boleh terus disapu pada wajah ataupun dijadikan ketulan ais dan oleskan sahaja pada wajah
Dengan amalan ini, ianya mampu mengecutkan jerawat dan kulit juga menjadi lebih lembut, lembap dan cerah. Untuk itu, jom kita tengok cara penyediaan untuk menggunakan Aloe Vera
Cara Penyediaan Aloe Vera Untuk Penjagaan Muka
Untuk penyediaan ini adalah dalam bentuk ketulan ais. Sebelum anda menggunakan pada wajah anda, sudah pastinya anda perlu menyediakan bahan-bahan supaya ianya selamat dan mudah digunakan.
Cara Membuatnya:
- Ambil Aloe Vera dan buangkan duri di kiri dan kanan dan juga kulit bahagian bawah (yang melengkung ke dalam)
- Ambil sudu dan korek isinya dan letak ke dalam mangkuk
- Masukkan isi aloe vera tadi dalam blender dan kisar hingga hancur. Tak perlu tambah air kerana lender itu memudahkan proses kisaran
- Masukkan ke dalam acuan ais baru bersaiz kecil. Penuhkan bekas berkenaan kemudian masukkan dalam bahagian sejuk beku.
- Tunggu sehingga keras
Cara Memakainya:
- Keluarkan kiub aloe vera dan oleskan di bahagian wajah sampai kiub mencair. Biarkan kering hingga menjadi seperti masker
- Kemudian bilas kulit wajah dan hasilnya kulit menjadi lembut, licin dan flawless
Trik atau car aini anda boleh lakukan tiga kali seminggu. Mudah-mudahan car aini akan dapat memelihara dan memperbaiki struktur kulit anda terutamanya bagi mereka yang ingin dapatkan kulit yang cantik, sihat dan segar serta licin.