Tambang Percuma Bagi MRT, LRT, BRT dan Bas RapidKL Selama Sebulan

Tambang Percuma Bagi MRT, LRT, BRT dan Bas RapidKL Selama Sebulan

Kerajaan hari ini melalui Perdana Menteri, YAB Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi pengangkutan awam dibawah kendalian RapidKL selama sebulan, mulai hari ini, 16 Jun 2022.

Perkhidmatan awam tersebut adalah termasuk Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT) serta bas RapidKL dan juga Monorel. Bukan itu sahaja, tambang percuma juga diberikan kepada penumpang KTM Komuter Lembah Klang bermula hari ini.

Pengumuman berita gembira ini kepada semua pengguna adalah sempena melancarkan pembukaan rasmi MRT Laluan Fasa 1 yang mana pengguna akan nikmati pertukaran perkhidmatan yang lancar ke MRT Laluan Kajang membabitkan platform aras sama di seten Kwasa Damansara.

Jadi dalam tempoh ini, orang ramai bolehlah ambil kesempatan untuk mencuba perkhidmatan pengangkuran awam itu dan meletakkan kenderaan masing-masing di 'Park N Ride' dan #JomNaikMRT


Sumber : Bernama

Post a Comment

Previous Post Next Post