Selain daripada mengharapkan pahal dan keradhaan daripada Allah, dengan berpuasa sebenarnya dapat juga memberikan manfaat kepada tubuh badan manusia. Tetapi boleh ke sebenarnya kita berpuasa sunat untuk kurus?
Ibadah Puasa merupakan satu bentuk penghambaan diri kepada Allah serta kepatuhan kepada peringtah Allah. Dalam sebuah hadis, Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan rahmat Allah akan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu"
Manfaat Puasa
Ibadah puasa memberikan manfaat kepada manusia. Antaranya puasa memberikan kesihatan kepada rubuh badan manusia. Sabda Nabi SAW maksudnya: "Hendaklah kamu berpuasa, nescaya kamu jadi sihat".
Puasa salah satu amalan menyihatkan fizikal. Ia merehatkan badan khususnya perut yang memproses makanan. Antara kebaikan lain berpuasa adalah mampu untuk membantu menurunkan berat banda, kurus dan memberikan kesihatan yang baik kepada fizikal dan mental manusia.
Boleh Ke Berpuasa Sunat Untuk Kurus?
Puasa mestilah niatnya berpasakkan kerana Allah. Oleh sebab kerana puasa adalah ibadah. Bila ianya dipasak dengan niat utama iaitu Lillahi Taala, ia berpahala. Ia membezakan dengan perkara rutin yang kita lakukan seharian.
Sabda Nab SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya setiap amalan itu tergantung pada niatnya. Setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan RasulNya. Sesiapa yang hijrahnya kerana mencari dunia atau kerana wanita yang dinikahinya, maka hijrahnya kerana wanita yang dinikahinya, maka hijrahnya kepada yang dituju itu" - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Jelas hadis ini memberi suluhan sebenar kepada kita bahawa niat Lillahi Taala adalah sangat penting dalam ibadah. Sehubungan dengan itu, niat utama berpuasa adalah kerana Allah, bagi mendapat redha Allah.
Usahlah kerana hendak kurus menjadi utama dalam niat, ia berupaya melencongkan niat sebenar yang dikehendaki dalam agama.
Sihat tubuh badan, dapat turunkan berat badan, jimatkan perbelanjaan harian, eratkan silaturahim dan sebagainya adalah manfaat sampingan amalan puasa. Sememangnya amalan ibadah itu akan memberikan kebaikan duniawi dan ukhrawi kepada skita sebagai hamba Allah.
Ingatlah segala amalan dan pekerjaan bergantung kepada niat kita. Jadi niatkan kerana Allah yang utama dan perkara lain datang selepasnya.