Mungkin ketika bercuti, selain merehatkan minda, anda juga ingin dapatkan kesihatan dan badan yang sihat, jadi bolehlah anda bersenam ringan sambil nikmati vibe percutian anda tersebut.
Walaupun ianya adalah masa yang paling sesuai untuk bermalas-malasan, namun bukanlah alasan untuk anda tidak bersenam langsungkan. Mungkin di hotel penginapan anda tersebut adan menyediakan gimnasium dan mungkin juga tidak.
Sekiranya tiada fasiliti seperti gimnasium disediakan, anda tetap boleh lakukan aktiviti senaman dengan syarat anda membawa peralatan senaman yang sesuai ketika bercuti atau pergi travel dimana-mana sahaja.
Jadi jom kita tengok 5 peralatan senaman yang sesuai dibawa ketika bercuti dengan mengambil kira soal berat, saiz dan senang dibawa. Perlatan senaman dalam senarai ini mudah dibawa kerana boleh dimuatkan dalam beg sukan.
Senarai Alat Senaman Sesuai Dibawa Ketika Bercuti
Dengan saiz yang praktikal serta jimat ruang, ini senarai 5 perlatan yang boleh dibawa ketika anda bercuti
#1 - Getah Rintangan (Resistance Band)
Ianya boleh dilipat dan disimpan di dalam beg. Tidak memerlukan banyak ruang selain ianya juga ringan. Ia sangat sesuai dibawa oleh mereka yang kerap melancong. Dengan cara ini, anda masih kekal cergas meskipun sedang bercuti.
Getah Rintangan atau Resistance Band boleh digunakan untuk seluruh anggota badan dan boleh menggantikan banyak latihan yang biasanya dilakukan dengan dumbell seperti bicep curls, tekan tubi, overhead tricep extension dan bent-over rows.
Sekiranya, anda masih tiada lagi perlatan ini, anda boleh dapatkan dimana kedai-kedai peralatan senaman atau dapatkan secara online di Shopee atau laman Lazada.
#2 - Besi Tekan Tubi (Twister Push Up)
Selain itu, anda juga boleh bawa satu lagi peralatan senaman yang kecil tapi berguna untuk melakukan aktiviti adalah menerusi alatan Besi Tekan Tubi atau Twister Push UpPeralatan senaman yang kecil dan ringan ini sesuai buat mereka yang mementingkan soal kebersihan. Ia mengelakkan tangan anda menyentuh lantai yang tentunya tidak terjami dari segi kebesihan.
Anda boleh dapatakn perlatan senaman ini di kedai peralatan sukan atau beli secara online di Shopee atau laman Lazada.
#3 - Tali Skipping (Skipping Rope)
Dengan skipping rope ni, anda boleh lipat dan gulung masuk ke dalam beg. Beg kecil pun boleh. Cukup mudah dan praktikal. Tidak menggunakan ruang yang banyak. Boleh beli di kedai atau dapatkan secara online di Shopee dan Lazada.
Tali lompat sangat sesuai untuk latihan berintensiti tinggi. Anda boleh lakukan senaman menggunaakn tali lompat di mana sahaja sama ada di dalam bilik atau pun jika rajin boleh turun ke gimnasium hotel.
#4 - Suspension Trainers
Bukan sahaja senang dibawa ke mana-mana suspension trainers boleh disambungkan pada pintu hotel atau pokok mahupun palang untuk pengalaman latihan senaman di luar.
Ini antara peralatan senaman yang cukup mudah untuk dibawa. Penggunaan suspension trainers bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga memberikan pengalaman bersenam yang mencabar. Boleh dapatkan secara online di Shopee atau Lazada.
#5 - Tikar Yoga (Yoga Mat)
Peralatan senaman terakhir yang anda boleh bawa ketika bercuti adalah Tikar Yoga. Anda gulung sahaja dan masukkan ke dalam beg. Sangat praktikal. Bukan sahaja ringan, tikar yoga atau yoga mat memudahkan anda untuk melakukan aktiviti senaman dengan lebih selesa.
Mudah untuk dapatkan dimana-mana kedai perlatan sukan atau boleh beli secara online di Shopee dan Lazada.
Meskipun peralatan senaman kecil yang dibawa ini tidak dapat menggantikan rutin senaman harian semasa di rumah atau di gimnasium, peralatan ini sememangnya akan membantu dan membolehkan kita bersenam dengan lebih efektif walupun dalam mood bercuti.