Bagi yang pertama kali ingin guna kad BigPay tapi tak tahu apa fungsi dan kegunaanya, anda boleh baca sini 15 kelebihan yang ditawarkan kepada penggunanya.
Secara ringkasnya, BigPay ini sama seperti Dompet Digital atau biasa dikenali sebagai eWallet. Dimana anda boleh menggunanya apabila ingin buat bayaran tanpa menggunakan cash atau wang kertas. Jadi tak perlu lah bawa duit banyak-banyak dalam dompet.
Dah nampak salah satu kelebihannya kan. Jadi nak tahu kelebihan dan kegunaan yang ditawarkan oleh BigPay, jom terus baca artikel ini sehingga habis.
{tocify} $title={Table of Contents}
15 Kegunaan Dan Kelebihan Kad BigPay
Dengan perkongsian ini, semoga dapat memberikan gambaran dan kata putus untuk anda untuk mohon atau apply kad BigPay ini.
#1. Kad, eWallet dan Aplikasi
Bila anda buat permohonan BigPay, anda boleh dapat 3 perkara iaitu kad fizikal, akaun eWallet dan juga aplikasi BigPay.
Melalui kad fizikal, anda akan peroleh kad prepaid VISA yang fungsinya sama seperti kad debit bank anda. Untuk eWallet, anda boleh topup dan simpan duit anda di dalamnya dan buat bayaran terus daripada telefon anda.
Selain itu, anda juga boleh pantau segala perbelanjaan anda menerusi aplikasi BigPay. Segala transaksi duit keluar masuk, anda boleh tahu dan semuanya dicatatkan dalam aplikasi tersebut.
#2. Kad Fizikal (VISA) Diberikan Secara Percuma
Jika anda memohon BigPay, anda akan diberikan sekali dengan kad fizikal dengan reka bentuk minimalis yang cantik. Bukan itu sahaja, kad tersebut diberikan secara percuma sahaja untuk pengguna BigPay dan dihantar secara percuma.
Ianya masih mempunyai tarikh luput, tapi jangan risau, anda boleh mohon pembaharuan yang juga adalah percuma. Tiada yuran tahunan pun.
#3. Proses Permohonan Yang Mudah
Proses permohonan tidak merumitkan. Anda boleh mohon secara online menerusi aplikasi BigPay sahaja. Download di Play Store atau App Store. Pendaftaran adalah PERCUMA
Kemudian buat pendaftaran dengan menggunakan kad pengenalan dan nombor telefon. Jika sudah lengkap, anda boleh terus menggunakan eWallet BigPay dan dalam beberapa hari kad akan dihantar ke rumah anda.
#4. Percuma RM10 Untuk Pengguna Kali Pertama (Baru)
Selain dapat kad Visa percuma, anda juga boleh dapat RM10 secara percuma jika anda pengguna baru kali pertama yang buat pendaftara. Caranya, anda hanya perlu masukkan kod referal sahaja.
BACA : Cara Daftar Dan Guna BigPay
Anda boleh gunakan kod referal ini 0LMZHKVZ3T untuk dapatkan RM10 secara percuma yang akan terus dimasukkan kedalam akaun BigPay anda. Masukkan kod tersebut ketika pendaftaran
#5. Boleh Keluarkan Duit Dari BigPay Ke Akaun Bank
Mungkin ada beberapa eWallet diluar sana tidak membenarkan pengeluaran semula duit di dalam akaun tersebut. Jadi tidak boleh tidak, anda perlu menggunakan kesemua duit digital anda tersebut sehingga habis.
Berbeza dengan BigPay, anda boleh topup sehingga RM10,000 dan satu hari tiba-tiba anda perlukan cash, anda masih boleh keluarkan duit tersebut iaitu transfer terus ke akaun bank tanpa caj tambahan (guna DuitNow). Kemudian, boleh lah anda withdraw duit tersebut.
#6. Sambungan DuitNow Dan BigPay Kini Tersedia
BigPay juga kini sudah bekerjsama dengan DuitNow. Ini bermakna, anda boleh pindahkan duit atau wang anda dengan lebih mudah dan pantas berbanding pemindahan konvensional biasa.
Dengan adanya DuitNow, anda boleh transfer duit BigPay ke akaun DuitNow yang lain termasuk akaun bank tempatan tanpa apa-apa caj tambahan. Bukan itu sahaja, ianya akan masuk ke akaun bank secara terus.
#7. Dapat Big Points Bagi Setiap Transaksi
Sama seperti eWallet lain, BigPay juga ada menawarkan mata ganjaran bagi setiap transaksi iaitu BIG Points. Jika anda buat pembayaran dimana-mana kedai atau pembelian, anda akan dapat point dengan kada yang ditetapkan
- Transaksi menggunakan kad, RM30 = 1 point
- Bayar bil menggunakan aplikasi BigPay, RM20 = 1 point
- Bayar guna DuitNow, RM30 = 1 point
Lebih banyak anda bebelanja, lebih banyak mata atau point yang anda boleh kumpul.
#8. Tebus BIG Points Dengan Pelbagai Ganjaran
Jadi kalau dah banyak BIG Points, nak guna macam mana?
Disebabkan BigPay ini dibawah Air Asia. Jadi semua mata ganjaran yang anda peroleh tersebut, boleh digunakan untuk tebus barangan dibawah produk Air Asia.
Anda boleh beli tiket kapal terbang AirAsia, boleh tinggal di hotel Tune, Rocketmiles, Kaligo, boleh guna di Cafe Santan, T&Co dan banyak lagi.
#9. Kad BigPay Boleh Digunakan Di Seluruh Dunia
Disebabkan ianya kad Visa, jadi ianya boleh digunakan di seluruh dunia. Pastikan kedai tersebut mempunyai mesin imbasan kad Visa/Mastercard. Anda logo seperti dibawah, boleh guna kad tersebut
Berbeza dengan kad debit bank, anda peru aktifkan penggunaan luar negara. Bagi kad Visa BigPay ini, ianya tidak perlu. Anda bebas menggunakan kad dalam negara dan luar negara tanpa perlu apa-apa pengaktifan pun. Ianya adalah secara automatik.
Kalau nak pergi melancong, sangat digalakkan untuk dapatkan kad BigPay ini. Mudah untuk buat pembayaran tanpa menggunakan cash pun.
#10. Kadar Tukaran Wang Yang Rendah
Kenapa digalakkan untuk menggunakan kad BigPay apabila melancong di luar negara? Ini kerana BigPay tidak mengenakan apa-apa yuran (fees) tambahan. Berbeza dengan kad debit bank anda yang mana bank akan kenakan beberapa peratus yuran tambahan.
Jadi kalau anda nak tahu exchange rate atau kadar tukaran yang anda peroleh, anda boleh rujuk Visa rates disini dan masukkan 0% bagi 'bank fee and your card currency'
BACA : Berapa Kadar Tukaran (Exchange Rate) BigPay Diluar Negara?
Untuk lebih mudah faham, nilai tukaran yang ditawarkan BigPay hampir sama seperti nilai tukaran yang dipaparkan di Google. Anda boleh cuba sendiri.
#11. Kad BigPay Boleh Digunakan Hampir Semua Kedai
Sekiranya anda ingin menggunakan eWallet, anda perlu pastikan kedai tersebut memilik kod QR bagi eWallet anda tersebut. Jika tiada, maka anda tak boleh buat bayaran menggunakan eWallet anda tersebut.
Bagi BigPay, mungkin banyak kedai tidak menyediakan kod QR tersebut. Tetapi kebiasaanya kedai atau restoren akan sediakan mesin leret Visa/Mastercard. Kalau tak boleh guna eWallet, boleh guna kad fizikal BigPay anda tersebut.
Boleh guna di KFC, McDonalds, beli air di Starbucks, boleh guna untuk bayar petrol, beli keperluan harian di Mr DIY, Eco Shop, berbelanja di Tesco, Lotus's, TMG dan banyak lagi.
#12. Ada Fungsi Wave/Contactless Pada Kad BigPay
Jangan ingat kad debit dan kad kredit sahaja ada fungsi paywave atau contactless tau. Kad Visa BigPay pun anda. Boleh buat bayaran sama ada menggunakan kad pin atau wave sahaja. Jimat masa bukan.
Untuk tetapkan kad pin pun mudah. Anda boleh tetapkan dengan menggunakan aplikasi BigPay sahaja. Tak perlu nak call bank ke pergi mesin ATM dan sebagainya.
#13. Jangan Risau Kalau Kad Dicuri Atau Hilang
Rasanya ciri ini tiada pada mana-mana kad fizikal yang anda di dunia ini. Kebiasaanya, jika kad bank anda hilang atau dicuri, anda perlu hubungi pihak bank untuk block dan cancelkan kad tersebut supaya orang lain tidak boleh menggunakannya.
Berbeza dengan BigPay, sekiranya kad anda hilang atau dicuri, anda tak perlu call sesiapa pun, anda hanya perlu buka apliaksi BigPay dan 'freeze' kan kad anda tersebu. Ini bermakna, tiada siapa pun yang boleh menggunakan kad tersebut selama mana ianya di 'freeze' kan. Lebih mudah kan.
#14. Boleh Keluarkan Duit Dari Mana-Mana Mesin ATM
Disebabkan kad BigPay ini adalah kad Visa. Jadi ianya juga boleh digunakan di mana-mana mesin ATM untuk buat pengeluaran cash.
Walaubagaimanapun, disebabkan ianya bukan kad daripada bank, anda caj pengeluaran yang dikenakan. Setiap transaksi pengeluaran yang berjaya akan dikenakan caj RM6 di Malaysia dan jika diluar negara akan dikenakan caj RM10.
#15. Pantau Segala Perbelanjaan Di Satu Aplikasi Sahaja
Disebabkan ianya menyediakan aplikasi. Segala transaksi yang berlaku akan ditulis di dalam aplikasi tersebut dengan setiap kategori tertentu. Sekali gus anda boleh tahu perbelanjaan anda setiap hari.
Jika ada duit keluar atau duit masuk, semua akan akan terpapar. Jadi tak perlu risau, jika ada transaksi yang tidak dikenali. Anda hanya perlu risau, jika kerap berbelanja sehingga tak perasan duit BigPay anda nak habis.
Mohon Sekarang
Diharapkan dengan senarai kegunaan dan kelebihan yang ditawarkan oleh BigPay ini memberi sedikit gambaran untuk mereka yang pertama kali ingin menggunakannya.
Sekiranya, anda kerap menggunakan kaedah bayaran secara cashless atau ingin berbelanja ketika melancong di luar negara, sangat berbaloi untuk anda dapatkan kad BigPay ini.
Untuk info lanjut berkaitan BigPay, anda boleh terus pergi ke laman web www.bigpayme.com