Dikala pandemik ini, ramai daripada kita sudah beralih mencari sumber pendapatan dengan bekerja dari rumah. Ditambah pula pada zaman moden ditambah pula dengan kemudahan internet tanpa batas.
Selain daripada mencari pendapatan tambahan, ianya juga lebih menyenankan, tiada lagi gangguan serta menerima arahan daripada bos. Malah ia memudahkan dari segi waktu bekerja sehinggalah memperoleh pendapatan.
Ya, sememangnya ada yang betul. Namun jangan terkejut kerana bekerja sendiri dari rumah ini juga ada bahayanya. Jika tidak dikawal, anda yang akan mengalami kesusahannya.
Kelebihan Bekerja Sendiri Di Rumah
#1. Kebebasan Terjamin
'Boleh buat apa sahaja'. Ini antara sebab utama ramai yang memilih untuk bekerja sendiri di rumah. Anda sudah pasti bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa perlu mendapatkan persetujuan daripada majikan.
BACA : 5 Cara Buat Duit Dengan Hanya Menulis
Ingin bercuti, nak melancong mahupun pergi ke mana-mana sahaja, tiada siapa yang akan menghalang anda.
#2. Masa Fleksibel
Sudah semestinya waktu bekerja sendiri di rumah lebih fleksibel dan amat memudahkan. Tiada lagi fix hour, malah anda sendiri boleh mengatur waktu bekerja mengikut kesesuaian serta kemahuan. Asalkan kerja siap, semua pun boleh.
#3. Apa Yang Anda Usahakan. Anda Dapat Semuanya
Apabila segala kerja yang anda usahakan membuahkan hasil, pasti ganjarannya anda yang akan dapat. Anda boleh membelanjakan hasil tersebut sepuas-puasnya. Anda tidak perlu lagi untuk menanggung hutang atau menunggu gaji masuk setiap bulan ke dalam akaun anda
#4. Tiada Kesesakan Lalu Lintas
Ya, sudah pasti anda tidak akan lagi berhadapan dengan kesulitan di atas jalan raya. Anda tidak perlu lagi menempuh kesesakan jalan raya, malas anda akan lebih bersemangat setiap kali bangung daripada tidur waktu pagi.
Keburukan Kerja Sendiri Di Rumah
#1. Tiada Jaminan Kewangan
Apabila bekerja dari rumah, pasti kewangan anda tiada jaminan. Untung yang anda peroleh mungkin berlipat ganda atau mungkin juga anda rugi yang mana risiko yang akan anda tanggung amat besar sekali berbanding kerja tetap.
BACA : Senarai Gig Job Yang Anda Boleh Cuba Untuk Tambah Pendapatan
#2. Masalah Kesihatan
Kerja sendiri di rumah pastinya membuatkan anda menghadap komputer 24 jam tanpa perlukan pergerakan yang kerap.
Ini pastinya sedikti sebanyak akan memberikan kesan kepada tahap kesihatan anda sepanjang hari. Anda mungkin keletihan yang melampau, strees, obesiti, sakit kepala, kencing manis dan pelbagai lagi.
#3. Kesukaran Untuk Buat Pinjaman
Antara masalah yang mungkin anda hadapi adalah anda sukat untuk membuat pinjaman (loan). Walaupun penyata kewangan anda melibatkan empat hingga lima angka sebulan, ini tidak menjamin kelancaran jika anda ingin membuat loan nanti.
Mungkin boleh dapat, tapi makin banyak prosedur serta kerenahnya.
#4. Kesunyian
Apabila anda hanya bekerja seharian dari rumah tanpa dikelilingi rakan sepejabat dan kawan-kawan seperti bekerja di office, sudahnya anda merasai kesunyian yang berpanjangan.
Sudahnya anda merasai kesunyian yang berpanjangan. Secara langsung produktiviti anda akan turun dengan mendadak.
Kerja sendiri di rumah bukanlah semuanya baik dan bukanlah semuanya buruk. Jika anda boleh hadapi dengan peracangan yang baik, mungkin segala keburukan tersebut anda hadapi boleh menjadi baik dan kelebihan untuk anda.