Ibadah terutamanya membaca al-Quran ini tidak lagi sukar. Ini kerana anda boleh membaca al-Quran tanpa membawa mushaf itu sendiri kerana ianya kini boleh diakses menerusi telefon pintar (smartphone) sahaja melalui aplikasi.
Dengan adanya aplikasi al-Quran tersebut, orang Islam kini boleh membaca al-Quran pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja dengan berada di tempat yang sesuai. Tidak boleh lagi diberikan alasan kata tak sempat untuk baca quran.
Ianya merupakan alaman yang sangat dituntuk dalam Islam ini kerana akan diberikan ganjaran dan kelebihan bagi sesiapa yang membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, dengan membaca al-Quran ianya boleh memberi syafaat ketika pada hari kimat kelak seperti dalam hadis yang berbunyi
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ
Maksudnya: Bacalah al-Quran, kerana sesunggunhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada sesiapa yang membacanya. Riwayat Muslim (804)
Tetapi boleh ke kita membaca ayat-ayat suci al-Quran terutamanya di telefon pintar tanpa dalam keadaan berwuduk? Adakah ianya diwajibkan atau sebaliknya?
Hukum Membaca al-Quran Dengan Keadaan Berwuduk
Sebenarnya adakah ianya perkara wajib untuk berwuduk sebelum membaca al-Quran. Mungkin ada berpendapat ianya hanya sekadar perkara sunat atau mungkin ada yang kata tak boleh.
Menerut pandangan fuqaha’ membaca al-Quran dalam keadaan berwuduk adalah jatuh dalam adab-adab yang disarankan sahaja termasuk membersihkan mulut dengan bersiwak, mengadap kiblat, tartil iaitu jelas dan sebagainya.
Perkara ini disebut oleh Imam Nawawi dimana disunatkan membaca al-Quran ketika dalam keadaan suci (berwuduk) tetapi sesiapa yang membaca al-Quran dalam keadaan ianya berhadas (tanpa wuduk) maka diharuskan serta ianya bukan perkara yang makruh dan ini merupakan ijma’ para ulama.
Imam Nawawi menyebut lagi, dan bagi orang yang berjunub (berhadas besar) dan haid maka haram bagi mereka membaca al-Quran.
Hal ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali RA menyebut:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقْرِئُنَا الْقُرْآنَ عَلَى كُلِّ حَالٍ مَا لَمْ يَكُنْ جُنُبًا
Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW membacakan kepada kami al-Quran dalam setiap keadaan, melainkan dalam keadaan berjunub. Riwayat al-Tirmizi (146)
Hukum Membaca al-Quran di Telefon Pintar
Jadi hukum membaca al-Quran dalam keadaan berwuduk adalah sunat, tapi bagaimana pula apabila kita membaca al-Quran melalui gajet seperti telefon pintar? Adakah ianya dibenarkan atau sekadar sunat seperti membaca dengan menggunakan mushaf al-Quran itu sendiri.
Para ulama bersepakat dimana menyetuh al-Quran atau mushaf itu sendiri adalah haram melainkan dalam keadaan seseorang itu suci daripada hadas kecil atau besar.
Adakah aplikasi yang ada ayat-ayat al-Quran sama seperti yang disebut sebagai mushaf al-Quran? Ianya tidak, kerana ianya hanya tulisan yang dipapar melalui skrin dan kemudiannya hilang malahan tidak kekal.
Jadi adalah harus membaca al-Quran melalui telefon pintar tanpa berwuduk, namun ianya disunatkan sama seperti adab-adab membaca al-Quran yang lain.
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan