Ini mungkin biasa kita dengar dalam masyarakat apabila ada ibu bapa yang menggunakan duit raya anak-anak bagi pelbagai tujuan. Dari segi hukum, adakah ianya dibolehkan atau sebeliknya?
Biasa ketika Aidilfitri, anak-anak la yang pastinya dapat duit raya berbanding ibu bapa atau golongan dewasa. Jadi pastinya mereka dapat sejumlah wang yang banyak.
Disebabkan anak-anak masih kecil, duit-duit tersebut pastinya dijaga oleh ibu bapanya kerana anak masih dibawah tanggungan mereka. Tapi duit atau harta yang miliknya anaknya tersebut, boleh ke digunakan oleh ibu bapa mereka?
Hukum Menggunakan Duit Raya Anak-Anak
Menurut pandangan Ustaz Azhar Idrus, haram menggunakan harta anak sama seperti duit raya anak bagi pelbagai tujuan. Kerana ianya seolah-olah mengambil harta orang lain.
Walaubagaimanapun, dibenarkan untuk pinjam duit anak-anak hanya ketika waktu terdesak sahaja. Akan tetapi ibu bapa wajib membayarnya semula.
Selain itu, Mufti Wilayah Persekutuan juga meletakkan hukum tidak boleh menggunakan duit anak-anak mereka dengan sewenang-wenangnya kecuali dalam keadaan yang memerlukan sahaja berdasarkan pendapat jumhur ulama'.
Sekiranya menggunakannya juga, maka wajib ke atas ibu bapa untuk menggantikannya kembali.
Jadi adalah sebaiknya, duit raya anak-anak disimpan di tabungan seperti Tabung Haji, SSPN-i dan sebagainya khusus untuk kanak-kanak