Selepas 8 hari permohonan bagi Pengeluaran Khas KWSP 10K, pemohon kini boleh buat semakan status permohonan tersebut yang diumumkan bermula 9 April 2022.
Bagi ahli KWSP yang berumur dibawah umur 55 tahun dan memiliki jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP adalah layak untuk membuat pengeluaran terakhir sehingga maksimum RM10,000
Walaupun kebenaran semakan status permohonan dibuka, tetapi tarikh permohonan masih dibuka iaitu mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022. Dalam tempoh tersebut, ahli yang telah memohon akan menerima bayaran yang dibuat secara sekali bayar (one-off) bermula 20 April 2022.
Permohonan hanya boleh dibuat secara online melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun.
BACA : Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP Secara Online
Jadi jika anda sudah memohon sebelum ini dan ingin tahu adalah status tersebut diluluskan atau tidak, anda boleh ikuti langkah seperti dibawah
Cara Semak Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP
Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui (2) dua cara iaitu:
CARA 1
Menerusi portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan klik pada SEMAK STATUS PERMOHONAN.
Kemudian anda perlu masukkan nombor kad pengenalan (MyKad) atau Pasport berserta nombor telefon dan klik pada SEMAK STATUS. Akan dipaparkan LULUS atau TIDAK LULUS.
CARA 2
Selain itu, anda juga boleh semak status permohonan menerusi aplikasi mudah alih i-Akaun (Ahli) dengan pergi pada menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran
Cara Bayaran Pengeluaran Khas KWSP
Sekiranya diluluskan, pembayaran akan dibuat secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli mulai 20 April 2022
Untuk info lanjut dan permasalah lain, anda boleh pergi ke pautan Soalan Lazim di pengeluarankhas.kwsp.gov.my/faq