PerantiSiswa : Syarat Dan Cara Mohon Tablet Untuk Mahasiswa

Syarat Dan Cara Mohon PerantiSiswa Tablet Untuk Mahasiswa

Kerajaan telah mengumumkan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang boleh dimohon bermula 15 April 2022.

Insiatif yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Pengajian Tinggi seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 ini bertujuan memastikan proses pengajian para mahasiswa terus dipelihara.

Melalui program ini, dijangka seramai 350,000 mahasiswa yang layak akan menerima bantuan (1) unit peranti berupa tablet yang boleh digunakan sepanjang pembelajaran sehingga tamat belajar.

Terma PerantiSiswa

Peranti yang akan diberikan adalah menggunakan Kaedah Guna Pakai (KGP) dimana ianya perlu diserahkan semula mengikut kaedah yang ditetapkan setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditetapkan.

Tablet tersebut perlu dipulangkan semula apabila mahasiswa tersebut :

  • Menamatkan pengajian
  • Berhenti pengajian
  • Dibuang pengajian
  • Menyalahgunakan sehingga kemudaratan atau menyalahi undang-undang
  • Melanggar apa-apa syarat yang ditentukan

Selain itu, pemberian ini hanya melibatkan peranti sahaja tanpa pelan data internet. Jadi anda perlu sediakan sendiri perkara tersebut.

Selain itu, anda bertanggungjawab keatas peranti tersebut dan sekiranya ia rosak, hilang atau dicuri, anda perlu melaporkan kepada Pentadbir Program.

Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan kehilangan atua kerosakan disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti.

Syarat Permohonan PerantiSiswa

Pemberian tablet ini hanya untuk mahasiswa yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut :

  • Merupakan warganegara Malaysia
  • Mahasiswa dari kategori keluarga B40 dimana pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah
  • Pemohon mestilah sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda (IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti. Matrikulasi tidak layak)
  • Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022
  • Mengikut pengajian secara sepenuh masa
  • Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-manan program di bawah Kerajaan sebelum ini

Cara Mohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Syarat Dan Cara Mohon PerantiSiswa Tablet Untuk Mahasiswa

Permohonan boleh dibuat bermula 15 April 2022 (Jumaat) pada jam 8.00 pagi dengan mengikut langkah-langkah yang disediakan dibawah

  1. Pergi ke laman web https://perantisiswa.kkmm.gov.my dan klik pada Daftar Pengguna
  2. Lengkapkan maklumat yang dikehendaki bagi proses pendaftaran dan klik Daftar
  3. Notifikasi akan dihantar kepada emel pemohon untuk tujuan pengesahan. Klik pada Aktifkan Akaun
  4. Login semula dengan menggunakan emel dan password yang ditetapkan sebelum ini
  5. Kemudian lengkapkan pula Borang Permohonan PerantiSiswa pada ruang yang wajib diisi.
  6. Pilih Perakuan Pelajar dan klik Hantar Permohonanan
  7. Skrin pengesahan akan dipaparkan setelah permohonan didaftarkan. Klik Cetak untuk simpanan.

Untuk status permohonan, pemakluman akan dibuat melalui emel kepada pemohon yang berjaya. PerantiSiswa dijangka mula diagihkan kepada mahasiswa seawal Jun 2022.

Spesifikasi PerantiSiswa

Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimun seperti berikut:

  • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280x800
  • Android OS 10 dan ke atas
  • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
  • Minimum RAM 4GB
  • Minimum storan 64GB
  • Slot SD Micro sehingga 256GB
  • Kamera hadapan minimum 2MP
  • Kamera belakang minimum 5MP
  • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
  • Bluetooth 4.1 dan ke atas
  • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
  • Bateri minimum 4500 mAh
  • Pengecas USB disertakan
  • Papan kekunci bluetooth disertakan
  • Pen stylus disertakan

Hubungi

Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh emel ke helpdesk.upps@kkmm.gov.my atau hubungi di talian 03-8911 5351/5258/5265/5188

Post a Comment

Previous Post Next Post