Cara Link Tabung Haji Dengan Bank Islam

Cara Link Tabung Haji Dengan Bank Islam

Bagi anda yang ingin sambungkan atau link akaun Tabung Haji dengan akaun Bank Islam anda, boleh tengok perkongsian kami disini.

Dengan pengaktifan yang dibuat antara akaun Tabung Haji dan akaun Bank Islam, banyak perkhidmatan anda boleh lakukan tanpa perlu pergi ke cawangan Tabung Haji.

Justeru itu, anda boleh lakukan sahaja sama ada di mesin ATM Bank Islam atau melalui perbankan internet, Bankislam.biz bagi urusan melibatkan Tabung Haji.

Kelebihan & Perkhidmatan Yang Disediakan

Antara perkhidmatan transaksi Bank Islam yang anda boleh gunakan sekiranya anda sudah link dengan akaun TH ialah :

  • Uniteller (Perkhidmatan Kaunter)
  • Perkhidmatan melalui Perbankan Internet
  • Perkhidmatan melalui Mobile Banking
  • Perkhidmatan melalui ATM
  • Perkhidmatan melalui CDM
  • Pengaktifan/Pembatan kad ATM

Jadi melalui kelebihan ini, anda boleh buat pendaftaran Haji, pengeluaran tunai, pindahan simpanan, deposit tunai, pertanyaan baki, dapatkan mini penyata akaun TH dan banyak lagi.

BACACara Deposit Wang Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay Melalui Bank Islam

Semua ini anda boleh lakukan tanpa perlu pergi ke cawangan Tabung Haji

Cara Link Tabung Haji Dengan Bank Islam

Anda boleh buat pengaktifan (link) Tabung Haji dengan akaun Bank Islam anda dengan (2) cara iaitu:

#1.  Pergi Ke Cawangan Bank Islam

Anda hanya perlu bawa MyKad, buku Tabung Haji dan kad ATM di mana-mana cawangan Bank Islam. Gunakan borang 'Pendaftaran Akaun Tabung Haji'. Jika sudah selesai, boleh terus gunakan di mesin ATM bagi urusan Tabung Haji

#2.  Link Menggunakan Mesin ATM

1)  Pergi ke mana-mana lokasi mesin ATM Bank Islam. Kemudian masukkan kad ATM anda beserta nombor pin

Cara Link Tabung Haji Dengan Bank Islam

2)  Pilih menu "Tabung Haji"

Cara Link Tabung Haji Dengan Bank Islam

3)  Pilih menu "Daftar Akaun TH-Sendiri"

Cara Link Tabung Haji Dengan Bank Islam

4)  Masukkan nombor IC anda

Cara Link Tabung Haji Dengan Bank Islam

5)  Masukkan nombor akaun TH anda

Cara Link Tabung Haji Dengan Bank Islam

6)  No. akaun TH anda dipaparkan. Tekan sahkan. Selesai!

Cara Link Tabung Haji Dengan Bank Islam

Selain daripada Bank Islam, akaun Tabung Haji anda juga boleh disambungkan dengan bank lain iaitu Maybank, CIMB, Ambak atau Bank Rakyat. Langkah yang perlu dilakukan hampir sama.

Anda boleh dapatkan info lanjut berkaitan pengaktifan (link) akaun Tabung Haji menerusi laman web www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/perkhidmatan/rakan-strategik

Semoga perkongsian ini bermanfaat terutamanya kepada pemegang akaun Tabung Haji

Post a Comment

Previous Post Next Post