Akhirnya selepas beberapa bulan tertanya-tanya dan baru-baru ini pihak Astro telah mengumumkan Disney+ Hotstar kini boleh distrim terus menerusi Ultra Box mulai 28 April 2022.
Oleh itu, terutamanya pengguna Astro tidak lagi perlu untuk dapatkan peranti tambahan lain untuk menonton kandungan Disney, Marvel, Pixar, Star Wars dan National Geographic dimana kesemunya boleh diakses menerusi Ultra Box sahaja.
Pengguna Ultra Box yang telah melanggan menerusi pek Movies, Premium 1, Premium 3 dan pek Platinum boleh dapatkan akses Disney+ Hotstar terus tanpa caj tambahan
Manakala bagi pengguna Astro lain, anda boleh buat langganan lain hanya dengan harga RM54.90 untuk tempoh 3 bulan sahaja. Anda boleh langgan menerusi astro.com.my/Disney.
Cara Dapatkan Akses Disney+ Hotstar Dengan Langganan Astro Pek Movies
Tunggu apa lagi, jom aktifkan sekarang dan dapatkan akses ke aplikasi Disney+ Hotstar bersama kandungan-kandungan lebih menarik dengan mengikuti langkah mudah berikut.
Pastikan anda adalah pengguna Astro yang mempunyai Ultra Box dan telah melanggan salah satu pek iaitu Movies, Premium 1, Premium 3 atau pek Platinum
Untuk ikut langkah berikut, pastikan anda sudah mempunyai astro id. Jika belum, anda perlu daftar terlebih dahulu di astro.com.my/astroID
- Masuk ke laman astro.com.my/Disney
- Kemudian klik pada I’am An Existing Astro Customer dan login menggunakan Astro ID anda
- Masukkan nombor telefon anda untuk aktifkan Disney+ Hotstar serta masukkan OTP untuk pengesahan
- Kemudian pergi pada alat kawalan jauh Astro anda dan tekan butang 'Home' dan pilih ikon Disney+ Hotstar
- Klik pada mana-mana kandungan dan anda akan menerima 4-digit kod pengesahan
- Pergi pula ke tv.hotstar.com menggunakan smartphone anda dan login menggunakan nombor telefon yang anda daftarkan pada awalnya tadi dengan memasukkan 4-digit kod tersebut
- Akhir sekali, anda akan menerima notifikasi yang menyatakan anda berjaya untuk login di TV dan klik pada 'Start Watching'
- Selesai!
Kini anda boleh nikmati kandungan Disney+ Hotstar terus ke TV anda dengan sambungan Ultra Box. Selain itu, anda juga boleh gunakan di web browser hotstar.com/my atau di aplikasi Android atau iOS.
Untuk sebarang persoalan atau anda mempunyai sebarang masalah, anda boleh terus hubungi pihak Astro untuk bantuan.