Puasa kali ini pastinya lebih meriah apabila Kerajaan telah membenarkan pengoperasia semula Bazar Ramadan. Orang ramai dapat nikmati semula pelbagai juadah berbuka apabila tiba di sini.
Pastinya menjadi tumpuan ramai adalah di bandar-bandar besar seperti di Lembah Klang yang melibatkan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.
BACA : Lokasi Bazar Ramadan Di Selangor 2022
Disini pelbagai lokasi Bazar Ramadan popular yang menjadi tumpuan ramai setiap kali bulan Ramadan tiba. Manakan tidak, disinilah anda boleh jumpa pelbagai juadah berbuka yang menyelerakan.
Anda nak dapatkan murtabak, tepung pelita 123, ayam golek, sate, ayam percik, roti john dan tidak lupa juga minuman seperti air katira, air tebu dan banyak lagi. Yang penting jangan membazir!
Umat Islam secara rasmi akan menyambut awal Ramadan pada 3 April 2022 iaitu pada hari Ahad bersamaan dengan 1 Ramadan 1443H. Jadi malam Sabtu, umat Islam sudah boleh mula mendiri solat sunat Tarawih
30 Lokasi Bazar Ramadan Popular di Lembah Klang Tahun 2022
Untuk penduduk tempatan yang tidak tahu lagi, terdapat beberapa lokasi bazar ramadan popular yang menjadi tumpuan ramai setiap tahun di Lembah Klang. Mungkin ada yang datang dari luar negeri juga lepas ni, boleh datang ke sini.
Berikut merupakan 30 lokasi terbaik Bazar Ramadan di Lembah Klang
- Bazar Ramadan Bandar Kinrara 5
- Taman Tun Dr. Ismail (TTDI)
- Kampung Baru
- Seksyen 1 Wangsa Maju
- Bazar Ramadan Taman Setiawangsa
- Taman Tasik Permaisuri
- Stadium Shah Alam
- Bazar Ramadan Presint 3 Putrajaya
- Bazar Ramadan Wisma Suhati Segambut
- Jalan Telawi, Bangsar
- Bazar Ramadan Bukit Bintang
- Bazar Ramadan SS13 Subang Jaya
- Bazar Ramadan Seksyen 14 Petaling Jaya
- Bazar Ramadan Bandar Tun Razak
- Dataran Prima Saujana, Kajang
- Bazar Ramadan Kelana Jaya
- Masjid India & Jalan Tar
- Taman Sri Serdang
- Bazar Ramadan USJ4
- Taman Melawati
- Bazar Ramadan Puchong Perdana
- Bazar Ramadan Setapak Jaya
- Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
- Bandar Baru Ampang
- Jalan Reko Kajang
- Taman Pelangi Semenyih
- Bazar Ramadan Taman Equine
- Taman Melor Ampang
- Bazar Ramadan Pandan Indah
- Bazar Ramadan Puncak Jalil
Jadi orang ramai yang berkelapangan, boleh datang ke bazar-bazar ramadan ini pada petang hari untuk dapatkan juadah berbuka puasa.
Selamat Menyambut Bulan Ramadan!