Pada awal program ini dipanggil eStart dan kini dinamakan semula sebagai ePemula dimana Kerajaan memperuntukkan sehingga RM300 juta bagi bantuan kredit eWallet kepada belia diseluruh negara.
Program ini telah pun diumumkan di dalam Bajet 2022 baru-baru ini dimana belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun dan berstatus pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPT) layak menerima kredit RM150 melalui eWallet yang dipilih.
Sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan harian belia atau pelajar yang masih belajar di IPT
Ianya bukanlah sesuatu program baru dimana sebelum ini Kerajaan juga ada mengumumkan bantuan dalam bentuk kredit eWallet ini seperti menerusi eBelia, ePenjana dan eTunai Rakyat.
Syarat ePemula
Program ini merupakan skim transaksi tanpa tunai yang bakal memberi manfaat kepada lebih 2 juta belia yang layak. Jika anda penuhi syarat yang ditetapkan, anda layak menerima bantuan ini
- Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003) ATAU
- Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT berdaftar
Jika anda dalam golongan ini, anda layak menebus RM150 kredit eWallet ini.
Senarai eWallet Yang Terpilih
Bagi melayakkan anda menerima skim bantuan ini, anda boleh guna mana-mana 4 eWallet yang telah dipilih untuk menjayakan program ini iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet.
Bila Boleh Tuntut
Setakat ini tiada tarikh tetap yang diumumkan oleh pihak Kerajaan. Kemungkinan ianya akan disalurkan pada bulan April ini.
Jadi bagi anda yang layak untuk menerima bantuan kredit ePemula ini digalakkan untuk mengemaskini akaun aplikasi eWallet yang disenaraikan di atas dari semasa ke semasa.