Selain pihak lelaki, sebenarnya perempuan juga gusar dan janggal apabila buat pertama kali ingin berjumpa bakal suami kan. Jadi ini ada tips untuk anda.
Memang mendebarkan saat-saat bertemu dengan seseorang yang mungkin menjadi bakal sami anda. Suasan menjadi sunyi, hendak berbicara tetapi janggal.
Dalam masa yang sama, mata hanya mampu merenung lantai, perasaan malu dengan ibu bapa ditambah pula ditanya soalan sukar dan bertanya juga soalan sukar. Jadi bagaimana hendak laluinya?
5 Tips Berjumpa Bakal Suami
Jadi, disini merupakan perkonsian tips untuk membantu anda semasa berjumpa dengan bakal suami buat kali pertama dalam keadaan bersedia dengan penuh yakin.
1) Buat Ulang Kaji
Sebelum anda berjumpa dengan seseorang yang berpotensi menjadi pasangan hidup anda, lakukan sedikit ulang kaji tentang latar belakang dirinya. Tanya pada keluarga dan rakan-rakannya.
Ia amat penting untuk tahu personaliti dan latar belakang dirinya sama ada dengan bertanya pada jiran-jirannya, rakan sekerja, komuniti masjid atau teman-temat rapatnya.
Ini akan membantu anda buat keputusan sama ada ingin berjumpa dengan si dia atau tidak sebelum memulakan langkah yang lain. Anda perlu tahu hobinya, di mana dia bekerja, jenis personalitinya, latar belakang keluarganya dan sebagainya.
Kemudian, berdasarkan apa yang anda sudah tahu, senaraikan soalan-soalan yang anda boleh tanyakan pada si dia ketika berjumpa.
2) Minta Privasi Untuk Berbicara
Kadangkala bila anda dan si dia berjumpa buat kali pertama, ibu bapa masing-masing ingin turut serta. Mereka pun mahu tahu tentang bakal pasangan anak mereka bukan?
Tapi untuk anda, berjumpa dengan si dia sudah cukup janggal, apatah lagi bila ditambah dengan kehadiran keluarga. Jadi minta kebenaran daripada mereka untuk anda bercakap dengan si dia secara berasingan.
Untuk pastikan semuanya berjalan seperti yang dirancang dan tak ada tipu helah, boleh juga ditemani dengan seorang sahaja yang anda percaya sepenuhnya.
Bincang dahulu dengan orang tersebut tentang soalan-soalan yang ingin anda tanyakan dan pastikan objektif anda tercapai ketika menghakhiri pertemuan.
3) Tanya Tentang Diri Pasangan
Bila anda berjumpa dengan seseorang buat kali pertama, sebaiknya janganlah bercakap tentang diri sendiri sahaja. Jika anda memulakan perbualan mengenai diri sendiri, anda akan nampak seperti mementingkan diri sendiri.
Tanyalah soalan mengenai diri bakal suami dan secara semula jadi, dia juga akan banyak tertanya tentang diri anda.
Antara soalan-soalan menarik yang boleh ditanya bagi memulakan bicara termasuk meminta dia menggambarkan dirinya dengan tiga perkataan, bertanya tentang hobinya, kegemarannya dan apa yang suka dilakukannya ketika bersantai.
Dan jangan lupa soalan yang paling penting sekali iaitu solat cukup lima waktu?
4) Tanya Tentang Harapan Mereka Dalam Perkahwinan
Mungkin topik ini agak sukar, tapi ia perlu dibincangkan bagi membantu anda membuat penilaian sama ada si dia serasi atau tidak dengan anda. Apakah makna perkahwinan padanya?
Pada dia, apa peranan suami dalam perkahwinan? Apa pula peranan isteri? Bagaimana dia merancang untuk mengeratkan hubungan anda dan keluarganya? Bila dan di mana agama diamalkan dalam keluarganya sekarang, dan bagaimana dia merancang untuk amalkan agama dalam keluarga yang bakal dibina nanti?
Sebagai perempuan, jangan malu atau takut bertanya soalan-soalan ini kepada bakal suami anda. Baik buruk hasil daripada sesuatu perkahwinan banyak bergantung pada jawapan kepada soalan-soalan ini.
Tambah lagi, bila anda bertanya soalan-soalan ini pada pertemuan pertama, si dia mungkin sangka, jadi anda akan mendapat jawapan yang lebih jujur. Bukan niat untuk membuat mereka rasa tak selesa, tapi anda perlu tahu adakah si dia calon suami yang terbaik buat anda?
5) Bercakap Dengan Keluarganya
Kebanyakan orang hanya mementingkan orang yang akan mereka berkahwin, dan meletakkan keluarga di tempat ke dua. Tapi dalam masyarakat kita, bila anda berkahwin dengan seseorang individu, anda juga berkahwin dengan keluarganya.
Berbual dengan keluarganya. Cuba ambil tahu bagaimana kehidupan seharian keluarganya serta apa harapan mereka; ini akan membantu anda untuk di mana tempat anda dalam keluarganya nanti.
Apa rutin keluarganya? Bagaimana mereka memberi sokongan antara satu sama lain? Jika si dia ada adik beradik lain yang dah berkahwin, adakah mereka tinggal dengan keluarga? Apa peranan yang dimainkan oleh setiap ahli keluarga? Apa yang mereka harapkan daripada anda?
Gambaran yang betul penting untuk anda memahami dinamik keluarga ini dan sama ada anda boleh hidup bersama keluarganya atau tidak.
Anda juga perlu bersedia jika ditanya soalan-soalan yang sama. Bergi jawapan dengan penuh hormat. Sentiasa jujur dan berhati-hati untuk tak menyinggung perasaan sesiapa. Ingatlah bahawa setiap Muslim yang sejati mempunyai akhlak yang baik.
Walaupun mungkin nanti anda akan rasakan yang si dia mungkin bukan calon yang terbaik untuk anda, sekurang-kurangnya ia pengalaman yang mana hubungan keluarga anda dan keluarganya masih boleh berjalan dengan baik.
BACA : 3 Sebab Kita Jatuh Cinta Kepada Seseorang
Kalau anda rasakan si dia sesuai untuk anda, cinta dia, bincanglah bersama untuk mengaturkan pertemuan seterusnya. Jangan lupa solat istikharah!