Ini pastinya berita yang ditunggu-tunggu apabila Kerajaan telah mengumumkan pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi Fasa 1 akan dibuat secara berperingkat bermula 28 Mac 2022 (Isnin).
Inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Bajet 2022 bakal dimanfaat bagi 8.6 juta penerima yang akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan.
Pembayaran Fasa 1 ini merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.
Bantuan ini disalurkan bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Cara Pembayaran BKM Dibuat
Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 28 Mac 2022 (Isnin) yang akan terus dikreditkan ke akaun bank.
Manakala bagi penerima yang tiada akaun bank, pembayaran secara tunai akan dibuat mulai 30 Mac 2022 melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Cara Buat Semasakan Status Kelulusan BKM
Selepas tarikh tutup kemaskini dan permohonan baharu yang dibuat sepanjang bulan Januari yang lalu. Kini anda boleh mula buat semakan status kelulusan BKM.
Anda boleh berbuat demikian mulai 28 Mac ini melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my
Bagi permohonan yang tidak diluluskan, anda boleh buat permohonan rayuan yang akan dibuka mulai 2 Mei 2022 di pautan yang sama.
Ini bagi memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh pihak LHDNM.