Paling biasa kita jumpa ayat Sajdah untuk lakukan Sujud Tilawah adalah pada Surah as-Sajdah yang dibaca setiap hari Jumaat waktu Solat Subuh. Mungkin ada yang belum tahu macam mana cara lakukan Sujud Tilawah dengan betul.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, 'Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak, maka untukku negara'."
Tilaway bermaksud bacaan. Maka sujud tilawah ertinya adalah sujud bacaan. Di dalam al-Quran terdapat beberapa ayat iaitu apabila dibaca ayat tersebut, kita disunatkan bersujud.
Sama ada di dalam atau luar solat, sujud tilawah adalah disunatkan. Namun dalam solat berjemaah, makmum perlu mengikut imam. Jika imam tidak melakukannya, maka makmum juga tidak perlu bersujud.
Makmum wajib mengikut gerakan imam dan tidak boleh melakukan gerakan yang tidak dilakukan oleh imam terutamanya ketika solat berjemaah.
Walaubagaimanapun, sujud tilawah juga boleh ditangguhkan. Misalnya ketika sedang berjalan dan terdengar orang membaca ayat Sajdah, tidak diharuskan sujud ketika itu juga kerana untuk melakukannya, seseorang itu mestilah dalam keadaan suci dan berada di tempat yang suci.
Ayat-Ayat Sajdah
Untuk kenal pasti dimana ayat-ayat Sajdah berada di dalam al-Quran, ianya ditanda dengan menara masjid di dalamnya. Terdapat 15 ayat-ayat Sajdah di dalam al-Quran iaitu:
- Ayat 19 surah al-Alaq
- Ayat 21 surah al-Insyiqaq
- Ayat 62 surah an-Najm
- Ayat 38 surah Fussilat
- Ayat 24 surah Syaad
- Ayat 15 surah as-Sajdah
- Ayat 26 surah an-Naml
- Ayat 60 surah al-Furqan
- Ayat 18 dan 77 surah al-Haj
- Ayat 58 surah Mariam
- Ayat 109 surah al-Israk
- Ayat 50 surah an-Nahl
- Ayat 15 surah ar-Ra'd
- Ayat 206 surah al-A'raaf
Untuk buat semakan, anda boleh rujuk al-Quran atau quran digital www.surah.my
BACA : Aplikasi Quran Terbaik Untuk Tahun 2022 Yang Anda Boleh Cuba
Cara Lakukan Sujud Tilawah
Terdapat 2 keadaan yang anda boleh lakukan sujud tilaway mengikut situasi anda iaitu Luar Solat dan Dalam Solat.
Di Luar Solat
Jika lakukan di luar solat, anda perlu mengangkat tangan sambil bertakbir kemudian terus sujud dan membaca ketika sujud.
"Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha Memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta."
Kemudian kembali duduk dan memberi salam
Di Salam Solat
Ketika di dalam solat, sebaik sahaja membaca ayat Sajdah, hendaklah terus bersujud dan membaca bacaan yang sama seperti di atas (ketika di dalam sujud).
Setelah itu berdiri semula dan sambung bacaan seterusnya.
Semoga bermanfaat...