Seperti yang diumumkan, permohonan UPUOnline untuk kemasukan pelajar bagi sesi Akademik 2022/2023 akan dibuka mulai 4 Februari 2022 sehingga 31 Mac 2022.
BACA : Permohonan UPUOnline Kemasukan Sesi Akademik 22/23 Dibuka Mulai Jumaat Ini
Sehubungan dengan itu, pemohon boleh layari portal rasmi upu.mohe.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Sehubungan dengan itu, mengambil kira keadaan semasa pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui pengumuman rasmi di laman facebook bersetuju untuk menangguhkan sepenuhnya bayaran proses UPUOnline atau Unik ID kepada semua pemohon.
Ini adalah melibatkan pemohon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekilahan Malaysia (STPM)/Setaraf, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Asasi, Matrikulasi dan Diploma/Setaraf bagi sesi akademik 2022/2023.
Jadi pemohon tidak perlu atau tidak diwajibkan membeli nombor pin Unik ID di Bank Simpanan Nasional untuk membuat permohonan UPUOnline bagi sesi ini.
Pastinya ini sediki sebanyak dapat meringankan beban dan melancarkan urusan pemohon untuk melanjurkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah.