Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan dimana melanjutkan tempoh masa untuk penerima vaksin Sinovac bagi mendapatkan dos penggalak (booster shot) kepada 31 Mac 2022.
Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihata, YB Khairy Jamaluddin dalam sidang khas tersebut, warga emas berusia 60 tahun ke atas yang menerima apa-apa dos primer sebelum ini juga turut perlu berbuat demikian.
Tempoh dapatkan dos penggalak untuk penerima vaksin Sinovac bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap mereka dilanjutkan hingga 31 Mac - Khairy
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) February 24, 2022
Sekiranya dos penggalak tidak diterima menjelang 31 Mac 2022, status vaksinasi lengkap akan bertukar kepada tidak lengkap sekiranya individu tersebut tidak mendapatkan dos penggalak.
Jadi orang ramai terutamanya bagi individu berusia 18 tahun dan keatas beserta warga berusia 60 tahun ke atas digalakkan untuk pergi ke mana-mana PPV bagi mendapatkan dos penggalak secara walk-in sahaja.
Jika tidak, selepas 1 April kelak. Status lengkap vaksinasi warna kuning di MySejahtera akan bertukar tidak lengkap iaitu warna putih yang mana sekali gus akan menyusahkan pergerakan ke pelbagai tempat dan premis serta menggangu urusan harian.