Kerajaan baru-baru ini mengumumkan dimana SOP bagi pemeriksaan atau imbasan suhu badan bersama-sama buku rekod check-in di premis dimansuhkan bermula 11 Februari 2022 (Jumaat).
Penetapan ini diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bermula Jumaat (11 Februari) ini, SOP pemeriksaan suhu badan dan buku rekod check in akan dimansuhkan.
— Hishammuddin Hussein 🇲🇾 (@HishammuddinH2O) February 9, 2022
Premis tidak lagi wajib sediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod check in.
Namun check in menggunakan aplikasi #MySejahtera masih wajib seperti biasa. pic.twitter.com/ZbSDkMOsb2
Oleh itu, pemilik premis tidak lagi diwajibkan menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod yang biasanya diletakkan di pintu masuk premis masing-masing.
BACA : Tidak Perlu Imbas MySejahtera Jika Sekadar Mengisi Minyak Di Pam
Walaubagaimanapaun, check-in atau daftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa.
Meskipun keputusan tersebut dibuat, sekiranya pemilik premis masih ingin meneruskan dengan SOP pemeriksaan suhu dan buku rekod, kerajaan amat mengalu-alukan dan menggalakkanya.
Hisammudin Hussein juga memberitahu pemansuhuan berkenaan perlu dilakukan bagi memastikan negara bergerak ke hadapan bilamana bila dilihat pada buku rekod, pelbagai contengan yang boleh kita lihat sekali gus tidak menggambarkan keadaan sebenarnya.