Masjid dibina dengan pelbagai keistimewaan antaranya dijadikan tempat untuk beribadah, mengeratkan silaturahim dan tempat untuk menuntut ilmu.
Allah menyediakan ganjaran pahala yang lebih besar kepada mereka yang solat berjemaah di masjid antaranya pahala solat-solat sunat, pahala beriktikaf dan pelbagai lagi yang tidak boleh diperoleh apabila solat di rumah.
Namun begitu, terdapat beberapa adab yang perlu dititikberatkan dalam hal menjaga keharmonian masjid beserta adab yang dilarang terutamanya ketika Solat Jumaat.
Adab Duduk Dengan Memeluk Lutut Ketika Khutbah Jumaat
"Rasulullah saw melarang dari duduk dengan memeluk lutut pada saat imam sedang berkhutbah"
(HR Tirmidzi dan Abu Daud. al-Hafizh Abu Tahir mengatakan bahawa sana hadis ini hasan)
Duduk seperti ini dinamakan sebagai khurfuso'.
Duduk ini dilakukan dengan cara melipatkan lutut dan menegakkannya sehingga kedua-dua telapak kaki menjejak lantai. Kemudian kedua-dua tangan merangkul (memeluk) kedua-dua lutut tersebut.
Ihtiba' adalah perkara yang dilarang ketika mana khatib sedang berkhutbah kerana boleh menyebabkan mengantuk. Kerana duduk sebegitu dianggap selesa dan mudah tertidur.
Imaam Syafi'e memang melarang duduk sebegitu. Ada juga mazhab yang berpendapat tidak menjadi makruh apabila duduk sebegitu selagi mana ia tidak memberikan keselesaan, tidak mengantuk dan sebagainya.
Disamping itu, duduk dengan melunjurkan kaki dan tidur lena juga antara perkara yang dilarang di dalam masjid. Bagi yang bermusafir dan ingin berhenti rehat di masjid pada waktu malam adalah dibenarkan selagi mana tidak mengotorkan masjid.
Sebahagian ulama tidak menggalakkan tidur di masjid kerana dikhuatiri akan mengotorkan masjid. Berbeza dengan tidur qailullah iaitu tidur sebentar yang digalakkan oleh Rasulullah, tidur sekejab untuk menghilangkan kepenatan maka dibolehkan.
Sumber : Al Islam