Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia telah mengesahkan berlaku satu gempa bumi berskala 6.1 telah berlaku di Pekan Baru, Indonesia yang dikongsikan di twitter rasmi mereka.
Katanya lagi, gempa berlaku pada 17 kilometer (km) ke timur laut Pasaman Barat pada kedalam 10 kilometer. Walaubagaimanapun ia tidak berpotensi menyebabkan tsunami.
Perkara ini juga telah disahkan oleh Jabatan Meterologi Malaysia menerusi kenyataan media yang dikeluarkan dimana kejadian tersebut telah berlaku pada pukul 9.39 pagi, 25 Februari 2022.
KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH MET MALAYSIA - KEJADIAN GEMPA BUMI KUAT DI UTARA SUMATRA, INDONESIA@metmalaysia pic.twitter.com/DZMsnECxC8
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) February 25, 2022
Selain itu, Met Malaysia juga memberitahu, disebabakn gempa tersebut, gegaran turut dirasai di bahagian Barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Diharapkan tiada berlaku apa-apa kemalangan jiwa dan kerosakan teruk baik di Malaysia atau negara jiran, Indonesia.
Sumber : Sinar Harian