Ketahui Jenis, Fungsi Dan Kegunaan Panadol Dengan Betul

Ketahui Jenis, Fungsi Dan Kegunaan Panadol Dengan Betul

Rasanya orang ramai pastinya sudah biasa dengan ubat panadol lagi-lagi jika berlaku masalah kesihatan seperti demam atau sakit kepala. Cara paling paling mudah untuk merawat adalah telan panadol.

Selain itu, dikala pandemik ini ramai yang menggunakannya lebih-lebih lagi apabila selepas cucuk vaksin dan ada demam atau sakit-sakit badan.

Sebenarnya keperluan untuk mengambil panadol baik sebelum atau selepas suntik adalah berbeza kerana bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing.

BACA : Cara Hilangkan Kesan Parut (Keloid Scars) Dengan Menggunakan 4 Produk Ini

Bukan itu sahaja, sebenarnya setiap jenis panadol yang dijual dipasaran juga berbeza-beza bergantung kepada fungsi dan kegunaanya.

Jenis, Fungsi Dan Kegunaan Panadol

Seorang pegawai farmasi, Amir Said ada kongsikan melalui twitternya berkenaan jenis-jenis panadol atau nama ubatnya iaitu paracetamol beserta fungsi dan kegunaanya bilangan dos dengan betul.

Ingat! Maksimum dos untuk paracetamol ialah 4000mg atau 4g sehari. Jangan ambil lebih daripada yang sepatutunya.

PCM = Paracetamol

1)  Panadol Actifast (PCM 500mg, Sodium 173mg)

Panadol Actifast

Fungsi sodium untuk cepatkan penyerapan PCM dekat usus kecil. So, kita akan dapat effect dengan lebih cepat.

Sodium tinggi, tak sesuai untuk patient ada darah tinggi. 

Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

⏩Boleh dapatkan disini - LINK 1 | LINK 2

2)  Panadol Optizorb (PCM 500mg)

Panadol Optizorb

Ada calcium carbonate, alginic acic & crospovidone. Ubat akan lebih cepat hancur dalam badan. So, PCM lebih mudah & cepat diserap. Kesan seawal 15 minit. 

Takde sodium, sesuai untuk patient ada darah tinggi.

Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

⏩Boleh dapatkan disini - LINK 1 | LINK 2

3)  Panadol Extra (PCM 500mg, caffein 65mg)

Panadol Extra

PCM + caffeine untuk kurangkan sakit yang teramat sangat. Headache, migraine, back pain, sakit gigi dan sebagainya

Ianya tidak sesuai untuk wanita pregnant dan breastfeed sebab ada caffeine.

Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

⏩Boleh dapatkan disini - LINK 1 | LINK 2 | LINK 3

4)  Panadol Soluble (PCM 500mg, sodium 427mg)

Panadol Soluble

Untuk patient yang susah nak telan ubat tablet. Just larutkan ubat dalam 1 gelas air. 

Kandungan sodium tinggi, tak sesuai untuk patient yang ada darah tinggi.

Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

⏩Boleh dapatkan disini - LINK 1 | LINK 2 | LINK 3

5)  Panadol Menstrual (PCM 500mg, pamabrom 25mg)

Panadol Menstrual

Untuk wanita yang ada senggugut masa datang haid. Macam mana? Pamabrom ada kesan diuresis; dia boleh singkirkan lebihan air yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa datang haid. 

Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.

⏩Boleh dapatkan disini - LINK 1 | LINK 2 | LINK 3

6)  Panadol Extend (PCM 665mg)

Panadol Extend

Ada 2 layer untuk panjangkan tempoh penyerapan ubat. Kesan ubat akan lebih lama iaitu sehingga 8 jam. Sesuai untuk pesakit kronik.

Tablet lain PCM 500mg, yang ni 665mg!

Dos: 2 biji setiap 6-8 jam (3 kali sehari je). Panadol lain 4 kali sehari.

⏩Boleh dapatkan disini - LINK 1 | LINK 2

Jenama Panadol Lain

Sebenarnya terdapat banyak lagi jenis Panadol yang dijual di pasaran cuma tak terlalu terkenal. Antara yang berdaftar di Malaysia seperti :

Panadol Cold + Flu - ND

7)  Panadol For Cold Relief

  • PCM 500mg, Pseudoephedrine 30mg

8)  Panadol Allergy Sinus

  • PCM 500mg, Pseudoephedrine 30mg, Chlorpheniramine 2mg)

9)  Panadol Cold + Flu - ND 

  • PCM 500mg, Phenylephrine 5mg

Jadi jika anda mempunyai penyakit seperti darah tinggi, jangan ambil jenis panadol yang disenaraikan sebelum ini. Jangan tersilap tau.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua


sumber : twitter Amir Said

Post a Comment

Previous Post Next Post