Cara Buat Tuntutan MySalam Jika Anda Menghidap Penyakit Kritikal

Cara Buat Tuntutan MySalam

Sekiranya anda merupakan penerima Skim Perlindungan mySalam, anda layak untuk tuntut perlindungan takaful iaitu penyakit kritikal RM8,000 beserta hospitaliti RM50 untuk maksimum 14 hari.

Untuk melayakkan anda membuat tuntutan, anda mestilah didiagnos dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal atau dimasukkan ke hospital atau disahkan positif Covid-19 atau mereka yang diperintahkan untuk kuarantin atau isolasi.

BACA : Cara Buat Claim RM50 Daripada MySalam Jika Anda Dimasukkan Ke Hospital Kerana COVID-19

Jadi sekiranya, anda berada dalam keadaan tersebut, anda boleh buat tuntutan yang sewajarnya dengan mengikut prosedur dan proses yang ditetapkan.

Cara Buat Tuntuan MySalam Jika Menghadapi Penyakit Kritikal.

Jadi terdapat 2 tuntutan yang boleh dibuat dibawah skim perlindungan mySalam iaitu tuntutan penyakit kritikal dan tuntutan hospitaliti atau dimasukkan ke wad.

Cara Tuntutan Penyakit Kritikal

Langkah 1 : Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Cara Buat Tuntutan MySalam

Langkah 2 : Klik 'Muat turun Borang' dan muat turun borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor', berdasarkan jenis penyakit kritikal

Langkah 3 : Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang 'Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor'

Langkah 4 : Log masuk ke www.mysalam.com.my semula dan klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Penyakit Kritikal'.

Langkah 5 : Seterusnya, masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg

  • Borang Penyakit Kritikal - Kenyataan Doktor
  • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 6 : Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Cara Tuntutan Hospitaliti (Dimasukkan Ke Wad)

Langkah 1 : Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)

Langkah 2 : Klik ikon 'Tuntutan', kemudian ikon 'Penghantaran Tuntutan'. Skrol ke bawah laman dan klik ikon 'Tuntutan Hospitalisasi'.

Langkah 3 : Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang 'Muat naik' untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg

  • Salinan Nota Discaj
  • Salinan dokumen pengenalan, seperti Kad Pengenalan (depan dan belakang)

Langkah 4 : Klik butang 'Hantar' untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Berapa Lama Proses Tuntutan

Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi dan Penyakit Kritikal ialah sepuluh (10) hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.

Tetapi, jika dokumen atau maklumat diterima tidak lengkap, ianya mungkin mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah diterima untuk memproses tuntutan.

Mereka yang membuat tuntutan juga akan dimaklumkan melalui SMS samada tuntutan mereka diluluskan atau tidak.

Pengendali takaful yang terlibat akan memproses bayaran untuk semua tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan tunai secara terus ke dalam akaun penerima manfaat seperti yang didaftarkan dengan skim Bantuan Keluarga Malaysia (Bantuan Sara Hidup Rakyat sebelumnya).

Post a Comment

Previous Post Next Post