Cara Beli Barang Di Shopee Dan Bayar Guna SPayLater (BNPL)

Cara Beli Barang Di Shopee Dan Bayar Guna SPayLater (BNPL)

Mungkin ada antara anda yang masih tertanya-tanya atau tak tahu macam mana nak beli barang di Shopee dengan menggunakan kaedah bayaran SPayLater iaitu secara Buy Now Pay Later (BNPL).

Dalam kaedah pembayaran SPayLater ada 2 jenis iaitu secara ansuran dan juga BNPL. Pembayaran secara ansuran akan dikenakan caj tambahan setiap bulan, manakala BNPL anda perlu bayar secara penuh untuk bulan berikutnya.

BACA : Apa Hukum Menggunakan SPayLater Shopee? Betul Ke Ada Riba? Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jadi mungkin ada antara anda yang ingin cuba kaedah pembayaran SPayLater secara Beli Sekarang, Bayar Kemudian. Ini bermakna anda dapat barang terlebih dahulu, kemudian anda bayar pada bulan berikutnya secara penuh.

Cara Beli Di Shopee Dan Bayar Semula Guna SPayLater

Tempoh bayaran BNPL pun ditetapkan seperti bayaran ansuran iaitu bayar sebelum 10 haribulan pada bulan berikutnya. Sekiranya lewat, akan dikenakan caj lewat bayar iaitu 1.5%. Jadi adalah sebaiknya jangalah la lewat untuk dikenakan denda.

Pastikan anda sudah aktifkan SPayLater barulah anda layak untuk menggunakannya. Anda boleh rujuk sini cara aktifkan SPayLater : Kaedah Bayaran Secara Ansuran di Shopee

⏵Cara Beli Barang Di Shopee Guna SPayLater (BNPL)

Kaedah pembelian adalah seperti biasa tetapi pada bahagian pembayaran, anda pilih sahaja SPayLater. Untuk pengetahuan, kadar minima untuk menggunakan kaedah SPayLater adalah RM15. Jadi barang lebih daripada harga tersebut sahaja baru boleh guna SPayLater.

1)  Buka halaman Shopee (www.shopee.com.my) atau di aplikasi

2)  Pilih apa sahaja barang yang anda beli dan add to cart seperti biasa. (Pastikan barang lebih RM15)

KLIK SINI : Tebus Free Shipping Bagi Pembayaran Kaedah SPayLater

3)  Kemudian pada bahagian Payment Option, pilih SPayLater dan klik Buy Now Pay Later. Klik Confirm

Cara Beli Barang Di Shopee Guna SPayLater

4)  Akhir sekali Place Order seperti biasa sehingga selesai

⏵Cara Bayar Semula Bil BNPL Guna SPaylater

Sekiranya anda beli barang pada bila-bila masa pada bulan Januari, bil akan dikeluarkan pada awal bulan Februari dan anda perlu bayar sepenuhnya sebelum 10 haribulan iaitu 10 Februari. Sama sahaja untuk bulan berikutnya

1)  Jadi anda boleh semak bil BNPL. Buka aplikasi Shopee > Me > SPayLater (Pay Now)

Cara Bayar Semula Bil BNPL Guna SPaylater

2)  Kemudian akan dipaparkan jumlah yang perlu dibayar pada bulan tersebut iaitu harga barang yang anda beli sebelum ini. Klik pada Pay Now.

Akan dipaparkan sekali lagi semua transaksi yang dibuat sebelum ini iaitu bil semasa yang perlu dilunaskan. Anda klik pada Pay Now untuk mula bayar.

Cara Bayar Semula Bil BNPL Guna SPaylater

3)  Disini anda perlu pilih kaedah bayaran sama ada menggunakan kad kredit/debit, cash di 7-eleven, perbankan online atau menggunakan ShopeePay. Jika sudah pilih, klik sahaja Pay Now dan bayar seperti biasa sehingga selesai

Cara Bayar Semula Bil BNPL Guna SPaylater

Akhirnya Available Limit akan dipaparkan semula dan anda boleh guna seperti biasa mengikut had yang telah ditetapkan.

Untuk info lanjut berkaitan SPayLater anda boleh rujuk FAQ Shopee Disini

Post a Comment

Previous Post Next Post