Anggaran Kos Bisnes Air Balang Untuk Bulan Ramadan

Anggaran Kos Untuk Bisnes Air Balang Untuk Bulan Ramadan

Sedar tak sedar, tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk kita sampai ke bulan Ramadhan.

"Semoga kita dipanjangkan usia agar dapat bertemu bulan Ramadhan pada tahun ini."

Dan seperti biasa, bila tiba bulan Ramadhan nanti, ramai yang akan cuba untuk menjana pendapatan tambahan atau sampingan dengan cara berniaga.

Kalau anda ada terfikir untuk buat apa-apa projek sampingan pada bulan Ramadhan nanti.... inilah waktunya untuk anda mulakan langkah.

Maklumlah, pada waktu ini, sudah ada beberapa tempat yang akan mula membuka pendaftaran untuk sewa tapak bagi bazar ramadhan nanti. Lebih-lebih lagi bagi tempat yang HOT! Memang kena cepat, kalau lambat hantar borang permohonan tapak.. memang melepaslah jawabnya.

Jadi anda sudah ada terfikir untuk buat apa-apa projek sampingan?

Jika belum ada.... saya nak cadangkan anda buat projek bisnes air balang. Bisnes air balang ni memang sudah sebati dengan bazar ramadhan.

Pergi mana-mana bazar ramadahan, mesti ada orang jual air balang.

Sebab apa?... Sebab air balang ni memang ada permintaan...dan memang orang cari di bazar ramadhan. Tambahan lagi bila cuaca tengah panas dan haus.. memang berebut orang beli!

BACA : Cara Berniaga Air Balang Untung Sehingga RM7,000

Jadi, bila jual air balang ini...memang tidak timbul persoalan.. "Ada ke orang nak beli?" Sebab, memang mesti ada orang yang akan beli.

Persoalan yang lebih utama ialah... "Ada ke orang nak beli dari aku?"

Maklumlah, nak buat bisnes air balang ini tidak perlukan modal yang besar. Sebab itu ramai juga peniaga yang cuba menjual air balang. 

Persoalannya, berapa kos anggaran yang diperlukan agaknya?

Anggaran Kos Untuk Bisnes Air Balang

Baiklah, untuk ketahui lebih lanjut, disini saya kongsikan anggaran kos secara kasar untuk memulakan perniagaan air balang!

ANGGARAN KOS PERMULAAN!

Berikut adalah anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang..

  • 1 unit kanopi 10 x10 : RM150 - BELI SINI
  • 1 set meja pasar malam : RM100 (maksima) - BELI SINI
  • 3-4 balang air : RM120-130 (per balang) - BELI SINI
  • 2 kerusi : RM 10-RM20 - BELI SINI
  • 1 alas meja : RM30-RM40 - BELI SINI
  • 1 senduk air gula: RM10 (maksima) - BELI SINI
  • 1 unit bekas duit : Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma
  • 1 unit bekas air gula: RM5-10 - BELI SINI
  • 1 pek plastik bungkus Air 7x10 atau 8x12: RM4 – 8(Per pack ) - BELI SINI
  • Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5) - BELI SINI
  • 4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang) - BELI SINI
  • 1 dozen Straw: RM 5-6 - BELI SINI
  • Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli) - BELI SINI

Jumlah keseluruhan untuk kos pemulaan adalah sekitar RM1,000

BERAPA PULA MODAL HARIAN?

Kos untuk membeli bahan-bahan membuat air seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM20 bagi setiap balang. Ianya bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual! 

Kalau jual air soya.. modal tak sampai RM10.

Anggaran Kos Untuk Bisnes Air Balang Untuk Bulan Ramadan

POTENSI JUALAN & UNTUNG?

Katakan anda jual 5 balang air = modal harian sekitar RM100 sehari.

Setiap balang air yang bersaiz 33 liter, boleh dapat 27 bungkus air. Dan setiap bungkus dijual dengan harga RM3.

Jadi, jualan sehari.. RM3 X 27 bungkus X 5 balang = RM405

Tolak modal harian... RM405 - RM100 = RM305

Sekarang.. darab pula dengan 25 hari berniaga di bazar (lagi 5 hari sebab malas / nak balik kampung atau hari hujan)...

RM305 X 25hari = RM7,625

UNTUNG = RM7,000 beb sebulan!

BAGAIMANA?

Cara Berniaga Air Balang Yang Betul

Dengan kos anggaran sekitar RM1,000 sahaja anda boleh mulakan perniagaan air balang. Sebab tu ramai yang mula berniaga air balang kerana kos yang rendah dengan pulangan yang tinggi sehingga RM7,000 kan.

BACA : Cara Berniaga Air Balang Untung Sehingga RM7,000

Jadi kalau ramai dah jual air balang, siapa nak beli air balang dengan kita?

Hah! Maka disinilah anda perlukan ilmu & strategi jika mahu berniaga air balang!

Macam mana nak tarik pelanggan untuk membeli air dari anda?

Apa kelebihan air anda berbanding air orang lain?

Air apa yang paling ramai orang suka dan paling laris untuk dijual?

Benda-benda tu semua kena tahu....

Kalau tak tahu.. kenalah cari ilmu dan belajar!.

Berita baiknya!

Ada brader ni sudi berkongsi ilmu dan strategi yang dia gunakan di dalam menjual air balang di bazar ramadhan. Tahun ini dah masuk tahun ke-10 dia menjual air balang!

Tahun lepas, untung dia berniaga air balang di bazar ramadhan, Alhamdulillah.. dapat RM7,000 lebih. Malah, ramai juga peniaga yang amalkan ilmu & strategi brader ini.. habis licin air balang yang mereka jual!

Kalau anda nak tahu macam mana brader ini jual air balang di bazar ramadhan sampai boleh untung besar.. anda boleh klik link dan gambar dibawah..!

cara berniaga air balang ketika bulan ramadan

Semoga ianya bermanfaat untuk anda bagi mencari pendapatan tambahan terutamanya ketika bulan Ramadan kan datang.

Post a Comment

Previous Post Next Post