Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) Berlangsung Pada 6 Mac Depan

AJL36 Berlangsung Pada 6 Mac Depan

Kepada yang tertanya-tanya sebelum ini tentang tarikh Siaran Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) dan kini akhirnya terjawab apabila pihak produksi mengumumkan akan berlangsung pada 6 Mac 2022 (Ahad).

Pengumuman tersebut telah dilakukan menerusi Melodi yang bersiaran secara langsung pada Ahad.

Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik itu akan bersiaran langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur, pukul 9.00 malam dan dipancarkan di TV3.

Sebelum ini, 12 lagu telah diumumkan secara rasmi bergerak ke malam kemuncak Anugerah Juara Lagu selepas berentap bersama 30 buah lagu di pusingan Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM36).

Antara karya yang dipertaruhkan bagi AJL36 kali ini ialah Boneka (Ernie Zakri), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah), AEWO (Shiha Zikir & Noki), Purnama (Naim Daniel) serta Salahku (Yonnyboii).

Selain itu, terdapat juga Sepi (Aina Abdul), Mimpi (Haqiem Rusli), Nafas Cinta (Aina Abdul & Khai Bahar), Lara (Hael Husaini, Naim Danie, Haqiem Rusli), Angkara (Siti Nordiana) dan yang terakhir lagu Cinta daripada Marha Milan.

AJL36 Berlangsung Pada 6 Mac Depan

Dalam keterujaan untuk meraikan lagu-lagu terbaik tahun 2021, pihak TV3 dan produksi akur dengan situasi semasa negara yang masih diancam dengan penularan virus COVID-19.

Selepas penganjuran dalam norma baharu di edisi tahun lepas, pihak TV3 dan produksi akan memperinci prosedur operasi standard yang harus dipatuhi supaya acara ini dapat dianjurkan dengan terancang, sempurna dan memastikan aspek keselamatan warga kerja terjaga.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com atau ikut laman media sosial rasmi di facebook, instagram dan twitter

Post a Comment

Previous Post Next Post