Pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia telah memutuskan untuk tinggalkan skuad kebangsaan iaitu daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan menjadi pemain profesional.
Keputusan telah disahkan oleh Presiden Persatuan BAM iaitu Tan Sri Dr. Mohammad Norza Zakarian apabila pemain tersebut telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut.
Sebelum ini, Mohamad Norza juga telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama juar All England 2021 itu untuk memujuknya kekal tetapi tidak berjaya.
Memetik laporan Utusan, menerut Norza, pemain yang menduduki ranking ketujuh dunia ketika ini memberikan alasan yang dia tidak lagi mampu untuk bersama sekuad kebangsaan kerana gagal melibat dirinya sebagai pengganti bekas pemain No. 1 dunia negara, Datuk Lee Chong Wei.
Lee Zii Jia juga memberi tahu, dia tidak sehebat Chong Wei dan tidak mampu untuk menggalas tekanan tinggi yang diletakkan dibahunya sejak kebangkitan pemain tersebut dalam arena sukan badminton.
Pada tahun 2021 yang lalu, Lee Zii Jia telah mengalahkan pemain no. 2 dunia ketika itu, Viktor Axelsen dari Denmark dalam Kejuaraan All England.
Sejak daripada kejayaan tersebut, ramai yang menggelarkan Zii Jia bakal menggantikan bekas pemain no.1 negara tersebut sejak beliau bersara pada tahun 2019.
Jadi apakah perjalanan seterusnya bagi pemain kelahiran Pulau Pinang itu selepas ini bergerak secara solo selepas ini?